seismik

Fattah Amin Berganding Bahu Dengan PTTI, Ajak Pelajar Sertai Sesi Percubaan Secara Percuma

Sesi percubaan itu adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.

Cover image via @fattahamin (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkemuka, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.

Untuk rekod, sesi percubaan itu bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.

Fattah Amin, yang dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda, melihat ini sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.

@fattahamin Fighting geng SPM Batch 07! More info DM @PTTI Foolish Balloonist - DJ BAI

“Sesi percubaan secara percuma ini adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.

"Adik-adik yang baru lepas percubaan SPM itu mesti sedang risau sebab mak ayah bagi harapan tinggi pada SPM yang akan datang ini. Jadi, dua bulan lagi tinggal untuk mereka menduduki SPM. Apa yang perlu dibuat?

"PTTI ada program khas selama tiga bulan yang 'cover' semua topik dan teknik untuk menjawab. Kalau nak tahu, PTTI adalah pusat yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Malah, ada yang dapat gred G bertukar kepada gred A.

"Sekarang ini, saya bersama PTTI nak bagi sesi percubaan secara percuma. Caranya mudah saja iaitu DM terus ke akaun PTTI online. Mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Axia. Tempat ini terhad kepada 1,000 orang sahaja," katanya.

PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5

Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.

"Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda. Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI," katanya.

Pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendaftar sesi percubaan percuma ini boleh melayari laman web rasmi PTTI atau menghubungi pihak pentadbiran untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad, dan pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja jumlah peserta maksimum dicapai.

Image via PTTI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: