seismik

[FOTO] Lelaki Ini Meremang Melihat Pameran ‘The Lost Kingdoms’ Di Muzium Negara. Epik!

Khas untuk mereka yang meminati Sejarah!

Cover image via Twitter @RimauXI

Bila berbicara tentang kota negara lama yang hilang, orang ramai akan terus teringatkan tentang kota Atlantis

Bukan itu sahaja, nama Atlantis juga sering muncul dalam filem-filem Hollywood membuatkan orang ramai lebih biasa dengan kota tersebut berbanding dengan yang lain.  

Akan tetapi, kota tersebut dikatakan sebagai sebuah mitos sahaja dan sejauh mana kebenaran kewujudan kota tersebut, tidak dapat dipastikan. 

Image via Science Rumor

Tahukah anda bahawa Asia Tenggara juga mempunyai sejarah kota negara lama yang hilang?

Bukan satu, tetapi ada banyak sebenarnya ya! Malah, salah satu kerajaan awal juga terletak di Malaysia iaitu Kedah Tua.

Susulan itu, Muzium Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara Indonesia dan Muzium Negara Kemboja muncul dengan pameran baru iaitu Pameran Negara Kota Yang Hilang.

Memetik laporan The Star, pameran ini mengambil masa selama dua tahun untuk dilengkapkan temasuklah kerja-kerja penyelidikan. Ia juga mempunyai 103 bahan pameran untuk tontonan pengunjung.

Antara yang dipamerkan adalah artifak daripada kerajaan Funan, Chenla/Zhenla, Angkor/Khmer, Pyu, Dravaravati, Champa, Langkasuka, Kedah Tua/Chieh Cha/Kataha, Srivijaya, Sailendra, Mataram/Medang dan Majapahit.

Untuk pengetahuan, pameran tersebut telah mula sejak awal Disember 2019 hingga hujung April nanti.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Rimau XI berkongsi pengalaman melawat pameran tersebut

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Tambahnya lagi, semua pameran tersebut boleh dilihat dengan bayaran serendah RM2

Wow! Lihatlah semua artifak peninggalan sejarah lama ini. Rasanya tak rugi apa pun kalau pergi melawat pameran ini, dapat juga tambah ilmu pengetahuan kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: