Frac & SuprAI Jalin Kerjasama Bangunkan AI Perusahaan Serantau, Raih Pengiktirafan MBOR

Kerjasama berkenaan akan digerakkan menerusi program khusus dikenali sebagai SuprAI × FRAC AI Lab.

Cover ImageCover image via Frac & SuprAI

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat infrastruktur aset dunia sebenar (RWA) dan teknologi perusahaan, Frac Group (Frac), menjalin kerjasama strategik bersama SuprAI Pte. Ltd. (SuprAI) anak syarikat milik penuh USP Group Limited yang tersenarai di Papan Utama Bursa Singapura (SGX) bagi membangun, menguji dan mengkomersialkan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), automasi, serta teknologi pemasaran untuk perusahaan di rantau Asia Tenggara

Perjanjian Perkongsian Strategik itu dimeterai di Amari Kuala Lumpur oleh Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Frac, Japhet Lim Wei Jie bersama Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan SuprAI, Louis Leow Yong Kin, dengan disaksikan wakil pengurusan kanan USP Group serta Pengarah Pemudahcara Industri Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Khairul Mizan.

Kerjasama berkenaan akan digerakkan menerusi program khusus dikenali sebagai SuprAI × FRAC AI Lab yang dikawal selia oleh jawatankuasa pemandu bersama dengan pelan hala tuju awal selama 12 bulan.

Sebagai langkah permulaan, kesemua aplikasi AI praktikal ini akan diuji secara langsung dalam rangkaian perniagaan operasi USP Group merentasi Singapura, Malaysia dan Indonesia meliputi sektor pengedaran enjin marin, instrumentasi saintifik dan perindustrian, penyelesaian kualiti udara, serta penjagaan kesihatan sebelum dikomersialkan secara meluas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Singapura dan Malaysia, serta pasaran ASEAN.

SAYS.com
Image via Frac & SuprAI

Tumpuan utama dan pencapaian strategik kerjasama

  • Automasi Operasi & Pemasaran: Membangunkan alatan AI bagi pengurusan jualan, khidmat pelanggan, penjejakan inventori, pentadbiran jaminan (warranty), aliran kerja selepas jualan, serta teknologi pemasaran digital dan e-dagang, di samping meneroka aplikasi komersial bagi infrastruktur tokenisasi RWA Frac.
  • Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR): Pada majlis sama, Frac secara rasmi menerima sijil pengiktirafan MBR di bawah kategori "Syarikat Tokenisasi RWA Pertama Melancarkan IEO" susulan kejayaannya melengkapkan Tawaran Pertukaran Permulaan (IEO) di platform pitchIN yang mengumpul dana sebanyak RM1.54 juta pada Oktober 2025.

ㅤ

Japhet Lim berkata, pendekatan kerjasama itu membolehkan pasukannya membangunkan penyelesaian kejuruteraan berdasarkan operasi sebenar di lapangan dan mengukur keberkesanannya sebelum ditawarkan kepada syarikat luar, sambil terus memperkukuh segmen tokenisasi aset dunia sebenar sebagai teras utama perniagaan Frac.

Sementara itu, Louis Leow menegaskan bahawa pengujian dalam persekitaran perniagaan sedia ada memberikan kelebihan strategik untuk menilai sejauh mana penyelesaian AI tersebut benar-benar memberikan nilai komersial yang nyata kepada proses jualan dan khidmat pelanggan.

Ditubuhkan pada tahun 2021 serta dianugerahkan status Malaysia Digital oleh MDEC pada 2024 dan penerima tunggal Geran Pembangun MasChain bernilai RM200,000, Frac terus memacu inovasi teknologi blok rantai berlabel putih (white-label) seiring perkembangan hab inovasi aset digital negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS