seismik

Gadis Kordial F&N Kini Dah Besar, Dedah Ramai Ejek Konon Itu Pencapaian Terbesar Hidupnya

Sekurang-kurangnya dia ada pencapaian yang boleh dibanggakan!

Cover image via Twitter @dihahmfds & Google

Siapa yang sering beli air kordial F&N tentu biasa lihat wajah model kanak-kanak di jenama minuman tersebut kan?

Image via Google

Tahukah anda yang kanak-kanak itu sudah besar dan menjadi seorang gadis yang cukup cantik. Macam tak percaya je kan?

Selain itu, gadis ini juga bukan calang-calang orangnya tau apabila dia atau nama sebenarnya, Madihah Mohd Firdaus, 21 melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. 

View this post on Instagram

pretty sling bag by @dianella.my

A post shared by (@dihahmfrds) on

Namun begitu, baru-baru ini gadis tersebut menerusi laman Twitter miliknya iaitu dihahmfrds mendedahkan bahawa dia sering diejek gara-gara perkara tersebut

Apa yang mengejutkan apabila dia berdepan dengan ejekan sejak kecil lagi malah ada juga yang mempertikaikan pencapaian terbesar hidupnya hanyalah menjadi model untuk kordial tersebut. 

Setakat artikel ini ditulis, pendedahannya itu telah mendapat 11.1 ribu ulang kicau dan 19.9 ribu tanda suka. 

View this post on Instagram

#throwback2018

A post shared by (@dihahmfrds) on

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bahasa: 

"Seseorang di curioscat mengejek-ejek saya kata yang ini satu-satunya pencapaian terbesar dalam hidup saya. Orang itu ternyata salah kerana pencapaian terbesar dalam hidup saya adalah tidak pernah mengejek sesiapa di media sosial seperti mana netizen buat pada saya. 

"Orang di sekolah juga ada mengejek saya, tapi lepas itu tunjuk muka tak bersalah. Selama ini saya berdiam diri dan bersabar. Saya berharap saya tak buat macam tu. 

"Beberapa tahun dulu, ada seseorang yang meminta saya berhenti cakap pasal semua ini sedangkan masa itu saya sedang bergurau bersama rakan-rakan. Bila orang perasan siapa saya, rasa asing dan pelik sebab saya tiada ramai kawan. 

"Tapi orang yang suruh saya berhenti itu pun orang yang popular di sekolah. Jadi..." tulisnya. 

Gadis itu juga turut berkongsi beberapa komen kejam yang diterimanya serta mengatakan bahawa dia tidak terkesan dengan perkara tersebut

Bahasa:

"Saya akan cetak komen-komen ini dalam bentuk poster dan tampal di dinding bilik tidur saya untuk kepuasan anda semua..dan juga kerana saya sedikit gila. 

"Korang semua ingat ada masalah dengan otak saya. Saya baca semua komen jahat di curiouscat saya dan sejujurnya saya gelak sebab ia sangatlah kelakar," tulisnya. 

Susulan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat buatnya serta mengakui kesal dengan sikap netizen yang tidak matang itu

Sikap ejek-mengejek dan dengki-mendengki ini sepatutnya tidak dibiarkan terus berleluasa. Tidak ada salahnya kalau kita berbuat baik dengan orang lain kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak betul kes ejek-mengejek ni:

You may be interested in: