seismik

[GALERI] 8 Kereta 'Furious 7' Paling Seksi Yang Kita Memang Tak Mampu Beli

Sediakan mata anda untuk dicuci.

Cover image via SAYS.com

1. 1970 Dodge Charger R/T

Dom (Vin Diesel) memandu Dodge Charger hitam klasik ini dari filem pertama, keempat, dan kelima sehinggalah yang ketujuh. Kenderaan ini dikatakan memakai tayar 4 × 4 untuk beberapa adegan, yang menambahkan lagi kegarangan kepada kenderaan jenis 'muscle car'.

Dodge Charger ini juga merupakan salah satu daripada lima kenderaan yang dijatuhkan dari pesawat Hercules Lockheed C-130 dalam filem Furious 7 dari ketinggian 12,000 kaki. Secara keseluruhan, sembilan Dodge Charger telah digunakan untuk filem itu.

Image via telegraph.co.uk
Image via telegraph.co.uk

2. 1970 Plymouth Barracuda

Pertama kali muncul dalam filem Fast 6, kenderaan ini turut digunakan untuk filem Furious 7. Ia dipandu oleh Letty Ortiz lakonan Michelle Rodriguez.

Image via telegraph.co.uk

3. Lykan Hypersport

Lykan Hypersport merupakan kenderaan mewah berasal dari Timur Tengah yang dihasilkan syarikat W Motors yang berpangkalan di Beirut, Lubnan. Ia adalah kenderaan paling mahal yang ditampilkan dalam filem Furious 7 dengan harga sekitar £2.3 juta (RM12.93 juta).

Lebih menarik, Lykan Hypersport hanya dihasilkan sebanyak 7 unit di seluruh dunia, malah lampu kenderaan ini disadur dengan emas putih, berlian dan batu nilam.

Image via paultan.org
Image via telegraph.co.uk
Image via pixshark.com
Image via uxmeet.com

4. 2011 Bugatti Veyron

Ini adalah kenderaan paling sempurna buat seseorang yang suka cakap besar seperti Roman Pearce (lakonan Tyrese Gibson) dalam filem Furious 7.

Menurut Guinness Book of Records, Bugatti Veyron versi Super Sport adalah kenderaan pengeluaran yang terpantas di dunia sehingga kini, dengan kelajuan tertinggi (top speed) sebanyak 427 km/h.

Image via telegraph.co.uk
Image via imgkid.com
Image via facecarsx.com

5. Aston Martin DB9

Pengarah Furious 7, James Wan - yang dirinya memandu Toyota Prius - memilih Aston Martin DB9 sebagai kereta pilihan kepada penjahat British filem itu, yang dimainkan oleh Jason Statham. Aston Martin ini terlibat dalam perlanggaran dengan Dodge Charger milik Vin Diesel dalam satu adegan.

Dalam babak ini, kedua-dua kereta ditambatkan pada kabel dan dipandu secara automatik menggunakan alat kawalan jauh untuk berlanggar antara satu sama lain, dengan setiap kereta bergerak pada kelajuan 64 km/h.

Image via youtube.com
Image via betterparts.org
Image via www.i-car.ro

6. 2011 Dodge Challenger R/T

Kenderaan klasik dari Amerika Syarikat jenis 'muscle car' inilah yang digunakan Letty Ortiz untuk menyelamatkan Brian O'Conner lakonan Paul Walker daripada terjatuh ke dalam gaung bersama sebuah bas.

Image via SAYS.com
Image via autotuni.ru

7. 2012 Subaru Impreza WRX STi

Minat mendalam Brian O'Conner terhadap kenderaan buatan Jepun digambarkan lagi dengan Subaru Impreza tahun 2012 ini dalam filem Furious 7.

Image via telegraph.co.uk
Image via telegraph.co.uk
Image via www.focus.pl

8. 2015 Jeep Wrangler

Kereta perisai gagah Jeep Wrangler versi terbaru 2015 ini dipandu oleh Tej (Bridges Chris 'Ludacris') dalam Furious 7.

Image via telegraph.co.uk
Image via www.edmunds.com
Image via damoncars.com

Kami ada lagi artikel berkenaan Furious 7 untuk anda:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: