seismik

[GAMBAR] Berakhir Pahit Manis Selama 84 Hari Laksana Tugas. Terima Kasih, Frontliners!

Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya oleh polis dan ATM untuk Covid-19, pihak JSPT tetap menjalankan rondaan dan pemantauan sepanjang lebuh raya bagi memastikan aliran trafik pergerakan rakyat lancar dan SOP dipatuhi.

Cover image via Google

Umum sedia maklum, tepat jam 12 malam tadi, barisan hadapan yang terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkata Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengakhiri tugas mereka setelah 84 hari berhujan panas

Image via Facebook
Image via Facebook

Cabaran yang mereka lalui dalam usaha bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sekatan jalan raya juga telah mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa-1 dan kemudiannya diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Malaysia.

Setelah hampir 3 bulan berhujan panas demi melaksanakan tugas, semalam merupakan hari terakhir petugas barisan hadapan berkhidmat dalam melaksanakan sekatan jalan raya bagi memutuskan rantaian pandemik ini

Di bawah merupakan beberapa gambar yang dikongsikan oleh Malaysia Gazette menceritakan suasana di Plaza Tol Gombak, Kuala Lumpur ketika barisan hadapan menurunkan khemah-khemah dan mula mengutip kon-kon sekatan jalan raya.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarjan Mohd Amru Abd Razak mengucapkan selamat bertugas kepada Inspektor Operasi Lebuhraya Zon Timur Satu Jabatan Siasatan dan Pengutkuasaan Trafik Bukit Aman, Inspektor Mohamad Razali Abd Razak.

Image via Afiq Razali for Malaysia Gazette

Malah, menurut laporan, pengguna lebuh raya pada ketika itu juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada barisan hadapan dengan menunjukkan tanda bagus dan juga bersorak sambil memberikan tabik hormat serta melaungkan "You guys are our hero forever in saving our lives sepanjang PKP!"

Sepanjang PKP hingga PKPD hinggalah PKPB selama 84 hari bermula 18 Mac lalu, semua petugas polis, ATM, Bomba, APMM dan JPAM, meredah hujan dan panas demi melaksanakan Akta 342 dan SOP kesihatan untuk membantu kerajaan memerangi Covid-19 menerusi memastikan rakyat berdisiplin dan mematuhinya."
Inspektor Operasi Lebuhraya Zon Timur 1, Plaza Tol Gombak dari Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT Bukit Aman, Razali Abdul Razak)

Dia juga turut menjelaskan bagaimana situasi di mana mereka bersahur dan berpuasa bersama ketika mengharungi hujan, ribut dan petir sehingga khemah mereka terbang akibat angin terlalu kuat

Image via Facebook
Image via Facebook

Namun, pihak barisan hadapan langsung tidak berganjak dari tugas yang diberikan oleh pihak kerajaan demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan juga telah menyelamatkan ribuan nyawa di Malaysia.

Terbaik, frontliners!

Tidak terbalas segala jasa yang dicurahkan oleh semua petugas barisan hadapan. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka.

Amin YRA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Alhamdulillah, Malaysians. Kita boleh!

You may be interested in: