[GAMBAR] 'Dayang Zubaidah' Berjaya Ditangkap Ini Undang Perdebatan Netizen Di Media Sosial
Uish, nama bukan main cantik.
Kehidupan haiwan reptilia merupakan antara spesies haiwan yang dilindungi di negara kita
Pelbagai jenis spesies haiwan dan tumbuhan yang menjadi tarikan di negara kita. Malah, setiap negeri-negeri di Malaysia juga menggunakan simbolik haiwan dan tumbuhan sebagai 'semangat' sesebuah negeri.
Kedudukan negara Malaysia yang berada di garisan Khatulistiwa juga merupakan satu lokasi yang strategik bagi kehidupan flora dan fauna membina habitat mereka dengan pesat.
Baru-baru ini, tular satu tweet berkenaan seekor buaya betina yang digelar sebagai 'Dayang Zubaidah' telah berjaya ditangkap oleh team Sarawak Forestry Corporation dan Sarawak Crocodile Hunters di tebingan Sungai Kampung Baru, Samarahan Sarawak.
Netizen lebih tertarik dengan nama panggilan buaya tersebut
Menerusi tweet yang telah dimuat naik oleh @datukhensem di Twitter pada 4 Oktober lalu, buaya betina seberat 150kg tersebut berjaya ditangkap hasil bantuan orang ramai.
Menurut komen daripada rata-rata netizen, penggunaan panggilan 'Dayang' sering digunakan sebagai nama panggilan bagi buaya betina dan nama panggilan 'Bujang' pula dikhususkan untuk buaya jantan.
Perkara tersebut merupakan satu tradisi orang Sarawak bagi 'menghormati' sang bedal yang menguasai populasi habitat reptilia di Bumi Kenyalang itu.
Lihat gambar hasil tangkapan buaya tersebut di bawah:
"Amboi, sedapnya nama tapi garang la pulak" - Netizen
Tinjauan di ruangan reply mendapati rata-rata warganet turut terpaku dan terkejut dengan panggilan yang diberikan terhadap buaya betina tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, tweet berkenaan telah meraih 683 retweets, 286 qoute tweets dan 1187 likes.
Berikut di bawah merupakan antara reply berkenaan tweet tersebut di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!