[GAMBAR] Lelaki Ini Ubah Perkataan Arab Kepada Ilustrasi & Erti Sebenar Di Setiap Gambar
Kreatif & talented sangat!
Seorang pereka grafik telah menonjolkan bakatnya dengan mengubah perkataan Arab kepada Ilustrasi. Dalam setiap gambar yang dilukis merupakan maksud sebenar perkataan tersebut.
Menurut laporan, arkitek dan pereka grafik iaitu Mahmoud Tammam telah menterjemahkan cinta serta minatnya terhadap memanipulasi perkataan ke dalam siri yang menarik untuk meraikan bahasa tersebut.
Projek ini dimulakan sebagai Personal Challenge untuk dirinya. Dia juga menjelaskan bahawa, "Saya memanipulasikan perkataan dalam bahasa Arab dan mengubahnya menjadi makna sebenar perkataan tersebut. Malah saya juga saya membuat 40 perkataan melalui gambar."
Selain itu, sebutan untuk setiap perkataan yang digambarkan dalam Bahasa Jawi ini disertakan pada setiap gambar untuk membantu anda meneka dan menyebutnya dengan betul.
Sangat menarik. Dengan cara ini, anda juga boleh belajar Bahasa Arab dengan cara ini. Lebih mudah sebenarnya.
Jadi jika anda tidak fasih untuk membaca tulisan Bahasa Jawi, boleh refer ilustrasi hasil tangan lelaki ini.
Lebih mudah untuk difahami. :)
20. Shark
Teknik ini juga dapat merapatkan jurang halangan antara bahasa. Walaupun anda tidak dapat atau tidak fasih untuk membaca bahasa tersebut, anda masih boleh mempelajarinya melalui ilustrasi yang dihasilkan oleh jejaka Tammam ini dan secara langsung dapat memahami apa yang anda baca.
Sumber: My Modern Net | Mahmoud Tammam