seismik

[TERKINI] 88 Kawasan Di Selangor & KL Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 30 Mac Ini

Jangan lupa simpan air secukupnya!

Cover image via Isma Web & Satu Johor

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sebanyak 88 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air bermula April ini

Menurut sumber, gangguan tersebut dijangka berlaku selama 48 jam (30 Mac hingga 1 April) dan 68 jam (6 April hingga 9 April) secara berjadual di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur. 

Penambahbaikan infrastruktur paip dan injap merupakan sebahagian daripada salah satu inisiatif Air Selangor untuk memperbaiki perkhidmatan demi keselesaan pengguna pada masa akan datang

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baru akan dilakukan di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam. Kerja-kerja ini akan dijalankan pada 30 Mac 2021 dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April 2021.

Tambahan lagi, kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates akan menyebabkan Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju terjejas sementara. Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April 2021 dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Bekalan air dijangka untuk pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5 pagi.


Untuk maklumat lanjut, sila layarai www.airselangor.com

Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor

Justeru, pengguna air di kawasan berkenaan akan terjejas akibat gangguan ini. Berikut di bawah merupakan tips untuk anda bersedia:

Image via MYKMU.net
1. Sediakan tong besar
2. Gunakan perkakas dapur seperti periuk untuk tadah air
3. Gunakan plastik yang tebal, isi air dan ikat
4. Gunakan pinggan dan cawan pakai buang
5. Beli air mineral untuk minum
6. Gunakan botol spray untuk berwudhu
7. Masak stok makanan dan panaskan sahaja bila nak makan
8. Gunakan tisu basah

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: