Gara-Gara Tersilap Letak Kek Aiskrim Dalam Chiller, Member 'Reda' Celebrate Walaupun Cair
Alahai kesian dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kejutan hari jadi sudah menjadi seperti 'simbolik' atau kebiasaan untuk kita
Bila tiba sahaja hari lahir rakan atau ahli keluarga, sudah tentu kita akan menyambutnya seperti membelikan kek, memberi hadiah dan pelbagai lagi kejutan.
Kek sudah pastinya menjadi pilihan ramai ketika hendak memberi kejutan hari lahir seseorang. Di tambah pula sekarang ini pelbagai jenis kek yang boleh kita tempah dan dapati di pasaran.
Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang lelaki apabila dia tersalah meletakkan kek di tempat yang sepatutnya.
Tak perasan kek adalah kek aiskrim, letak dalam chiller
Menerusi video di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya selepas kek hari jadi yang dibeli untuk membuat kejutan rakannya cair.
Ia kerana lelaki berkenaan memberitahu ini merupakan kali pertama dia membeli kek aiskrim daripada sebuah jenama terkenal dan tidak menyangka kek tersebut akan cair.
"Aku letak dalam chiller je. Tak tahu pula kena letak dalam freezer sebab aku ingatkan bahagian aiskrim dia tu sikit je dalam kek tu," katanya.
Walaupun begitu, dia tetap menyambut hari lahir rakannya itu dengan nyanyian dan meletakkan lilin meskipun kek sudah cair.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!