seismik

Gempar Buaya Tiba-Tiba Muncul Di Pantai Port Dickson Ketika Orang Ramai Sibuk Mandi

Difahamkan, ada yang mendakwa buaya berkenaan turut ditemui di Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang.

Cover image via @wanderglambites (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gempar apabila tular video memaparkan penampakkan seekor buaya di pantai Port Dickson

Sebelum ini seekor buaya dilihat berkeliaran di Pantai Cermin, kini reptilia itu dikatakan turut muncul di beberapa pantai lain di daerah itu.

Di dalam video yang tular di TikTok, ada yang mendakwa bahawa buaya berkenaan turut ditemui di Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang.

Image via Berita Harian

Perhilitan sudah pasang perangkap sejak dua minggu lalu

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri memberitahu pihaknya akan mengenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya itu kerana ia sentiasa berubah lokasi.

"Apa yang membimbangkan, buaya ini timbul di pantai Port Dickson ketika orang mandi dan situasi ini menimbulkan kebimbangan orang ramai.

"Malah, ada yang berpendapat kehadiran buaya di pantai Port Dickson bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun pihak kami tetap bimbang dan akan bertindak malah sudah pun memasang perangkap di Pantai Cermin sejak dua minggu lalu," katanya.

Menurut beliau, pihaknya belum dapat memastikan sama ada reptilia itu adalah buaya sama yang sebelum ini tersesat di Pantai Cermin.

"Setakat ini, saya dimaklumkan kita hanya menerima aduan mengenai kehadiran haiwan terbabit di pantai berhampiran Hotel Thistle sahaja.

"Namun, merujuk kepada video yang tular, kami akan mengenal pasti lokasinya terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: