seismik

Geng Influencer Buat 'Runway Walk' & Siap Pegang Beg Tote Gergasi Ini Curi Tumpuan Ramai

Apa yang diaorang nak buat sebenarnya ini?

Cover image via Ameen Azizul/SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Mister Potato.

Siapa yang ada berdekatan Sunway University dan Rock Cafe di Bandar Sunway, Subang Jaya baru-baru ini, mesti korang tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya bukan?

Yang paling menjadi perhatian ada tiga orang influencer ini pegang beg tote gergasi Mister Potato sambil buat 'runway walk'. Apa yang diaorang nak buat sebenarnya ini?

Gelagat Farhan Mazlan, Luqman Podolski dan Adib Alexx dengan beg tote gergasi Mister Potato baru-baru ini.

Image via Ameen Azizul/SAYS Seismik

Rupa-rupanya mereka nak perkenalkan pek baharu Mister Potato yang lebih besar!

Untuk pengetahuan korang, beg tote gergasi yang dibawa oleh Luqman Podolski, Farhan Mazlan dan Adib Alexx ini merupakan pek terbaru daripada Mister Potato.

Menariknya, Mister Potato kini hadir dengan pek yang lebih besar untuk korang semua rasa lebih puas untuk makan.

Mister Potato kini lebih berbaloi sebab Ekstra Besar & Ekstra Jimat!

Yang lagi berbaloi adalah pembungkusan baharu Mister Potato kini menawarkan extra 50% kepingan keropok untuk korang nikmati. 

Setiap kepingan keropok ini turut memberikan kepuasan dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding sebelumnya.

Dalam pada itu, kerepek kanister (balang silinder) Mister Potato turut didatangkan dalam versi terbaharu. 

Kini, dengan TAMBAHAN 20 gram lagi dibungkus ke dalam setiap balang silinder, korang boleh nikmati lebih banyak kepingan keropok.

Malah, Mister Potato juga menawarkan harga yang berpatutan setanding dengan kuantiti produk mereka. Berbaloi sangat!

Tunggu, ada lagi! Mister Potato juga telah perkenalkan dua perisa baharu mereka iaitu Sour Cream & Onion Chips dan Hot Chili Squid Crinkle Chips

Perisa Sour Cream & Onion Chips ini menawarkan gabungan sempurna antara rasa masam dan berperisa.

Jadi siapa yang suka rasa sedikit masam dan ada aroma bawang, korang boleh cuba rasa sendiri. Confirm menyelerakan!

Untuk perisa baharu lain pula iaitu Hot Chili Squid Crinkle Chips ini dibuat khas untuk korang yang suka sangat makan pedas.

Selain rasa pedas, kelazatan sotong dan juga potongan beralun kerepek daripada perisa ini juga membuatkan ia menjadi rangup dan teksturnya jadi lebih sedap! Tak percaya korang cubalah rasa sendiri.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Cepat dapatkan perisa baharu dan kerepek Mister Potato bersaiz lebih besar ini sekarang!

Dapatkan sekarang di mana-mana supermarket dan kedai serbaneka berdekatan dengan korang. Tapi, kalau tak sempat beli sahaja melalui online di Shopee. Add-to-cart dan terus buat payment okay!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Mister Potato yang lain, korang boleh sahaja layari laman mereka mereka di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik