seismik

Gerbang Malaya Sumbang Kek Percuma Buat 200 Ibu Tunggal Sempena Hari Ibu 12 Mei Ini

Kek Malaya turut mengadakan jualan amal kek viral keluarannya pada harga RM15.

Cover image via Kek Malaya (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang sambutan Hari Ibu 12 Mei depan, kegembiraan jelas terpancar di wajah 200 ibu tunggal yang menerima sumbangan kek percuma melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Gerbang Malaya Sdn. Bhd baru-baru ini

Pemilik dan Pengarah Urusannya, Mior Ashraf Norul Bashah berkata, program CSR seumpama itu adalah kali pertama dianjurkan dan pihaknya berasa amat teruja terpanggil bersama menggembirakan para ibu tunggal.

“Sebanyak 200 biji kek dengan perisa kiwi dan mangga diagihkan kepada ibu-ibu tunggal di sekitar kawasan ini sebagai tanda penghargaan perit jerih mereka menguruskan keluarga.

“Pemberian kek percuma ini bukan saja mahu menceriakan golongan itu malah sebagai satu kerja sosial Kek Malaya menghargai kaum wanita juga,”
katanya.

Kek Malaya tawar jualan amal kek viral keluarannya pada harga RM15

Kek Malaya turut menawarkan jualan amal kek viral keluarannya pada harga RM15 kemudian hasil kutipan tersebut disalurkan kepada rumah anak-anak yatim.

“Sebahagian daripada hasil jualan itu kemudian akan disalurkan terus kepada rumah anak yatim,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kedai Kek Malaya mula beroperasi pada tahun 2019 dan kini mempunyai empat buah cawangan iaitu di Ole-Ole Mall, Shah Alam, Taman Alam Megah, Shah Alam, Taman Pertama, Cheras dan Subang Perdana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: