seismik

Hanya 50 Hari Sempat Hidup Dengan Suami, Wanita Ini Masih Sambut ‘Anniversary’ Perkahwinan

Ala, sebak pula hmm...

Cover image via Twitter @atengsepet

Pemergian insan tercinta sememangnya amat memedihkan. Lebih-lebih lagi jika kehilangan seorang yang bergelar pasangan hidup.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Baituljannah.com

Rindu yang bakal dirasai seolah-olah tiada penghujung.

Kehilangan seorang suami ini ibarat hilang separuh jiwa, tempat bergantung, tempat bermanja dan tempat meluahkan perasaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

Namun begitu, setiap orang yang diuji dengan ujian seperti ini seharusnya lebih kuat untuk menghadapinya. Sebab itulah rata-rata mengatakan bahawa kita perlu menghargai pasangan masing-masing sebelum terlambat. 

Ini kerana tiada siapa tahu bila ajal bakal menjemput.

Seperti kisah wanita ini yang sudah tiga tahun kehilangan suami tercinta namun sehingga ke hari ini, dia masih menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua

Walaupun terpaksa bersendiri.

Wanita ini yang dikenali sebagai @atengsepet di laman Twitter miliknya telah memuat naik video gambar-gambar kenangan bersama arwah suaminya yang telah meninggal dunia ketika bertugas menyelam di dasar laut.

Malah, apa yang lebih menyedihkan, hari ulang tahun kelahiran wanita ini adalah sama dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua. Disebabkan itu, perkara ini menjadi lebih sukar buat dirinya.

"Happy bila orang ucapkan Selamat Hari Jadi, tapi pada yang sama sakit dada apabila teringat..."

Tambahan pula, mereka berdua hanya sempat hidup bersama selama 50 hari selepas sah dinikahkan

Al-Fatihah buat arwah Kapten Sazali Sakiran dan semoga wanita ini akan senantiasa kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga kisah menyayat hati lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: