Hanya Belanja RM6 Sehari, Lelaki Ini Terkenang Kembali Kisah ‘Ikat Perut’ Sebelum Kahwin
Salute sangat ni!
Pada hari ini, kos untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan dilihat begitu mahal sehingga ia mampu mencecah ratusan ribu Ringgit
Namun dalam usaha untuk mendirikan rumah tangga, golongan yang paling akan merasai tekanannya semestinya adalah kaum lelaki berbanding wanita.
Ini kerana adat seperti penyerahan wang hantaran kepada pihak perempuan sebelum majlis perkahwinan memerlukan kaum lelaki untuk mengeluarkan kos yang lebih banyak.
Justeru itu, pelbagai cara sanggup dilakukan golongan Adam ini semata-mata untuk mendapatkan wang yang secukupnya bagi menghalalkan ikatan yang sedang terjalin.
Antara usaha yang sanggup dilakukan oleh kaum lelaki adalah dengan menjimatkan wang sebanyak yang boleh untuk digunakan di majlis perkahwinan
Seperti perkongsian yang dibuat seorang pengguna Twitter bernama @LutfilLeHadi ini, dia menceritakan semula pengalamannya mengumpul duit ketika ingin mendirikan rumah tangga bersama pasangannya pada September tahun lalu.
Menceritakan pengalamannya itu, dia yang lebih dikenali sebagai Hadi berkata dirinya memilih untuk mengikat perut bagi tempoh beberapa bulan sebelum majlis demi memastikan wang yang yang bakal digunakan nanti adalah mencukupi.
Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah dengan hanya membelanjakan RM6 sehari yang mana ia mungkin sukar untuk dilakukan oleh sesetengah individu.
Hanya mengambil makanan berupa bijirin bersama susu untuk sarapan pagi dan hidangan tengah harinya, lelaki ini berkata dia juga perlu menyimpan wang sekiranya berlaku sebarang kecemasan kelak.
Setakat artikel ini ditulis, kisah lelaki ini telah mendapat lebih 11 ribu RTs di Twitter meskipun ia baru sehari dikongsikan.
Untuk perkongsian penuh, boleh teruskan membaca thread yang dibuat individu ini di bawah: