Harimau Malaya Tamatkan Badi 12 Tahun, Akhirnya Berjaya Tewaskan Vietnam
Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.
Cover image via Malaysia NTFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia tamatkan badi 12 tahun untuk tewaskan Vietnam selepas menang 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) semalam
Menerusi laporan Bernama, kemenangan skuad kebangsaan berpunca daripada jaringan pemain gantian Fergus Tierney meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62. Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.
Ketua jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe melakukan tiga pertukaran dalam kesebelasan utama dengan merehatkan tonggak pertahanan Brad Tapp dan pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi, manakala kapten Dion Cools tidak dapat diturunkan selepas meninggalkan kem kebangsaan atas urusan keluarga yang mendesak.
Tierney dibawa masuk menggantikan Bergson tidak mengambil masa lama mencipta impak apabila menerima hantaran Manuel Hidalgo sebelum melakukan pusingan pantas dan melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Patrik Le Giang untuk meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-62.

Skuad negara kemudian terus berhempas pulas menjaga benteng pertahanan
Penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi bersama benteng pertahanan negara kemudian berhempas pulas mempertahankan kelebihan Malaysia termasuk menafikan percubaan Le Pham Thanh Long pada penghujung permainan, sekali gus memastikan Malaysia menamatkan kejohanan tanpa bolos.
Kemenangan itu turut membolehkan Harimau Malaya menutup kempen dengan nota positif selepas terlepas tipis peluang mara ke final berdasarkan jumlah jaringan, biarpun berkongsi mata dan perbezaan gol dengan tuan rumah Indonesia dalam Kumpulan A Divisyen 1.
Malaysia sebelum ini menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Jun tahun lalu, namun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membatalkan keputusan itu dan memberikan kemenangan 3-0 kepada skuad Vietnam susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


