Hasilkan Juadah Raya Yang Lebih Sihat, Gantikan Dengan 5 Bahan Ini Dalam Masakan Anda
Jom baca, kami kongsikan.
Artikel ini ditaja oleh Jasmine.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selepas sebulan berpuasa, raya merupakan masa untuk balas dendam dan makan semua makanan bukan?
Faham-faham sajalah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol itu! Sedap memang sedap tapi dalam tidak sedar itu, berat pun naik berkilo-kilo.
Nak makan boleh, tapi berpada-pada dan pastikan anda kawal pengambilan makanan anda. Nak lagi bagus, anda gantikan bahan masakan itu dengan ramuan yang lebih berkhasiat dan dalam masa yang sama masih mengekalkan keenakan juadah raya anda nanti. Jom kami kongsikan!
Gantikan santan dengan susu badam
Santan memang bahan yang wajib dalam masakan rakyat Malaysia. Tanpa santan dalam rendang atau kari memang kurang kick! Tapi sekali sekala apa salahnya kalau anda gantikan santan dengan bahan yang lebih berkhasiat seperti susu badam!
Selain itu, susu badam juga mempunyai kalori yang sangat sedikit iaitu 17kcal setiap 100 gram berbanding santan.
Caranya, anda rendam 1 cawan badam semalaman, kemudian kisar dengan air suam atau susu. Tapis dulu sebelum masukkan ke dalam masakan kari, gulai atau rendang. Sedap tau!
Garam bukit vs garam putih
Tanpa garam, masakan apa pun takkan menjadi sedap. Tapi kalau berlebihan garam, boleh jadi darah tinggi pula!
Nak lagi sihat, anda boleh gantikan garam putih yang selalu anda gunakan dengan garam bukit (pink salt) dalam masakan. Memanglah mahal sikit, tapi garam bukit ini tidak diproses dan mempunyai jumlah mineral yang tinggi.
Greek yogurt sebagai alternatif sour cream
Sour cream atau krim masam memang akan meningkatkan keenakan kek, biskut atau pemanis mulut tapi ia mengandungi kalori yang tinggi.
Senang sahaja, anda boleh gantikan krim masam dengan greek yogurt. Selain kalorinya yang lebih rendah, greek yogurt juga dapat memberikan lebih banyak protein daripada krim masam biasa.
Tukarkan dari marjerin ke mentega
Apabila nak buat biskut raya, mestilah kena ada marjerin. Tapi, tahukah anda yang marjerin sebenarnya mempunyai asid lemak trans yang sangat tinggi?
Untuk lebih sihat, anda boleh gantikan marjerin dengan mentega (butter) yang mempunyai banyak manfaat nutrisi semula jadi. Biskut pun akan jadi lebih rangup dan lemak.
Gunakan beras basmathi berbanding beras biasa
Ramai yang tidak makan nasi apabila diet, kononnya nasi ini menggemukkan. Tidak betul itu! Sebenarnya nasi adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan berasaskan gandum.
Nasi juga tidak mengandungi garam dan tinggi dengan protein yang diperlukan oleh tubuh. Nak lagi sihat, kawal jumlah pengambilan nasi dan gantikan dengan beras basmathi yang lebih sihat dan berkhasiat tinggi.
Pilihan kami, mestilah Beras Basmathi PusaCream Jasmine!
Untuk pengetahuan anda, Beras Basmathi PusaCream Jasmine adalah beras basmathi premium berkualiti tinggi yang diproses untuk mengekalkan kandungan mineral dan vitamin semulajadinya. Ia juga tiada kolestrol dan bebas gluten serta mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dengan kandungan lemak rendah.
Beras Basmathi PusaCream Jasmine juga mengandungi protein, zat besi, selenium, tiamina dan niasin dan mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah. Secara tidak langsung, ia dapat membantu mengawal tahap glukosa darah dan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.
Teksturnya yang berwarna krim keemasan, kering, gebu dan menjadi dua kali lebih panjang setelah dimasak juga membuatkan rasanya lebih lazat dan memberikan aroma yang enak untuk dinikmati seisi keluarga.
Tidak hairanlah ia digemari oleh pakar makanan dan menjadi beras basmathi pilihan rakyat Malaysia! Malah, Masterchef Ezani dalam video masakannya iaitu Dapur Healthy, pun syorkan kepada kita semua untuk menggunakan Beras Basmathi PusaCream Jasmine dalam menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta semestinya enak!
Jom bertukar ke Beras Basmathi PusaCream Jasmine untuk kekal sihat Syawal ini!
Jadi tunggu apa lagi? Untuk lebih tips #JasmineStayFit, layari Facebook @jasminefoodmy.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
Penulis: Nurul