Hilang Duit RM18,000 Di Mall, Staf Pulangkan Beg Kepada Pelanggan Ini Raih Pujian
Kalau hilang, mahu menangis.
Kehilangan barang yang berharga sudah tentu akan membuatkan kita merasa sedih dan risau
Iyalah, kadangkala barang itu bukanlah barang yang murah. Ada juga yang pernah tidak sengaja menghilangkan duit dan sebagainya. Sudah pasti kita akan merasa cuak.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang lelaki menemui beg berisi RM18K di Aeon telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Pulangkan beg pelanggan berisi RM18K
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang staf menemui beg milik orang lain di sebuah pusat beli-belah Aeon, Wangsa Maju.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila staf itu memulangkan beg tersebut kepada pemiliknya. Walaupun beg itu berisi RM18K, staf tersebut bertindak jujur dan tidak mencuri apa-apa pun.
Pihak AEON juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf berkenaan.
"Goodjob, we are very proud!" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 182 tanda suka, 25 komen dan 29 kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!