seismik

[VIDEO] Anak Pemilik Kedai Makan Ini Kesal TikToker Minta Bayaran RM1,800 Buat Review

Tak minta datang pun, tiba-tiba minta bayaran.

Cover image via @alinkiwi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, kebiasaannya perkhidmatan review ini dilakukan oleh para infleuncer

Hal ini disebabkan mereka mempunyai audiens dan pengaruh yang luas. Apa saja barang atau kedai makan yang mereka pergi, pasti akan ada peminat mereka cuba juga.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita meluahkan rasa kesalnya tentang seorang TikToker yang meminta bayaran tinggi dan makan percuma di kedainya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@alinkiwi

#fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.

original sound - Alinkiwi - Alinkiwi

Tak minta datang, tapi minta bayaran dekat ayah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan perasaan tidak puas hatinya di TikTok. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu mededahkan bahawa ada seorang TikToker tiba-tiba datang di kedai makan ayahnya dan minta bayaran sebanyak RM1,800 untuk review. Malah, TikToker tersebut mahukan makanan percuma.

"Kalau betul you famous, i sendiri akan DM you untuk review." katanya. 

Dia juga menasihati ramai supaya tidak menggunakan cara ini untuk menipu orang yang telah berumur. 

"Yang pelik tu, orang tak mintak dia mai pun, tapi ada hati nak suruh orang bayar haha"- Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 953K tontonan, 33K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hm, janganlah ambil kesempatan menipu warga emas ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: