15 Hotel & Guest House Paling 'Picturesque' Di Tepi Sungai Melaka Untuk Weekend Chill Anda
Semua pun cantik-cantik belaka!
Disclaimer: Harga yang ditunjukkan bagi setiap hotel mungkin berubah-ubah mengikut musim dan mengikut pilihan tarikh penginapan.
1. Aava Malacca Hotel
Tiga rumah kedai pra-perang telah dibentuk menjadi Aava Malacca, sebuah hotel butik yang menggabungkan seni bina lama dan baru yang terbaik. Hotel ini masih mengekalkan gaya yang lazim di kalangan keluarga-keluarga elit Peranakan dan kini menjadi latar belakang popular untuk sesi fotografi.
Harga: RM135 satu malam dan ke atas
Aava Malacca Hotel: Laman web rasmi | Facebook
2. 1825 Gallery Hotel
Hari ini, 1825 Gallery Hotel telah menjadi salah sebuah hotel terbaik di Melaka dengan sejarahnya yang utuh. Ia mempunyai makna yang luar biasa yang menjangkau penampilan fizikalnya - bukan sekadar seni bina yang dipengaruhi oleh Inggeris dan Cina - tetapi ia melambangkan semangat tenaga kerja Cina yang menyumbang dengan ketara kepada perdagangan Melaka - warisan yang tiada tolok bandingan.
Harga: RM136 satu malam dan ke atas
1825 Gallery Hotel: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
3. RC Hotel Melaka
Terletak di tebing utara Sungai Melaka adalah Jalan Kampung Pantai, di mana RC Hotel dibina dengan megah. Hotel bertema Art Deco dengan tagline 'dalam kelas tersendiri' ini menampilkan warisan segar sekitar tahun 1930-an dengan keanggunan hiasan hotel butik yang mewah dan klasik.
Harga: RM148 satu malam dan ke atas
RC Hotel: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
4. Quayside Hotel
Quayside Hotel adalah hotel butik 3-bintang yang pertama yang dibina di tebing Sungai Melaka dan di tengah-tengah bandar Melaka. Ia direka khas untuk pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan dengan 39 bilik yang luas dan selesa, 16 bilik dengan balkoni dan pemandangan sungai yang indah dan 3 suite keluarga yang dilengkapi semua kemudahan moden.
Harga: RM140 satu malam dan ke atas
Quayside Hotel: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
5. Casa Del Rio Melaka Hotel
Hotel dengan 66 bilik dan suite mewah yang terletak di Sungai Melaka berhampiran pintu masuk ke selat bersejarah, Casa del Rio direka untuk pengunjung rasai pengalaman yang tak dapat dilupakan dan pemandangan yang menakjubkan. Seni bina hotel ini mendapat ilham daripada warisan Portugis serta Kesultanan Melayu Melaka yang unik bagi memenuhi keperluan dan kemudahan abad ke-21 yang moden.
Harga: RM591 satu malam dan ke atas
Casa Del Rio Melaka Hotel: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
6. 5 Heeren
Tenggelamkan diri dalam budaya dan sejarah kaya Baba dan Nyonya Melaka dengan penginapan di 5 Heeren. Terletak di salah satu daripada jalan-jalan warisan terbaik dan paling terkenal di Melaka dan dibangunkan di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO, segala tarikan utama di bandar bersejarah ini berada dalam jarak berjalan kaki sahaja.
Harga: RM603 satu malam dan ke atas
5 Heeren: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
7. Heeren By The River Hotel
Hotel persendirian 20-bilik kecil ini ditransformasi daripada tiga deretan kedai abad ke-19 'Anglo Chinese Terraces', di salah satu jalan-jalan warisan terbaik dan paling terkenal di Melaka, Heeren By The River Hotel berjaya menawan dan meraikan semangat bandar warisan dunia dan seni bina pra-perang yang unik dengan keistimewaannya tersendiri.
Harga: RM122 satu malam dan ke atas
Heeren By The River Hotel: Laman web rasmi
8. Hotel V'La Heritage Melaka
V'La Heritage Melaka adalah sebuah hotel butik yang datang dengan sebuah kafe di tepi sungai! Hotel ini bukan sahaja murah, ia juga terletak di lokasi yang sangat strategik di tepi Sungai Melaka dan hanya beberapa langkah sahaja menuju ke Jonker Walk yang happening.
Harga: RM68 satu malam dan ke atas
Hotel V'La Heritage Melaka: Laman web rasmi | Facebook
9. OYO 612 Hotel By The River
Sebut sahaja OYO, pasti ramai sudah tahu tentang tawaran harganya yang sangat murah! Walaupun murah, OYO menjanjikan untuk memberikan kemudahan yang sama dan pengalaman hebat yang sama di semua bilik yang ditawarkan. Hotel di Melaka ini juga tidak terkecuali.
Harga: RM44 satu malam dan ke atas
OYO 612 Hotel By The River: Laman web rasmi
10. D'Riverside Inn
D'Riverside Inn terdiri daripada bangunan warisan seni bina British pada tahun 1933 yang diubahsuai menjadi rumah percutian butik moden kontemporari dengan 9 bilik tetamu, dilengkapi dengan hiasan dalaman koleksi antik asli. Terletak di antara China Town dan Little India, lokasi hotel ini cukup sempurna untuk penginapan hujung minggu pelancong yang ingin meneroka bandar Melaka.
Harga: RM84 satu malam dan ke atas
D'Riverside Inn: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
11. 906 Riverside Hotel
906 Riverside Hotel terletak di Zon Warisan UNESCO Melaka, pangkalan yang sangat baik untuk menerokai bandar bersejarah yang penuh kemeriahan. Hanya 5 minit berjalan kaki, pengunjung boleh sampai ke semua laluan warisan sejarah Melaka termasuk Jonker Walk, Goldsmith Street, Temple Street (juga dikenali sebagai jalan keharmonian di Melaka) dan jalan-jalan warisan sejarah yang lain.
Harga: RM56 satu malam dan ke atas
906 Riverside Hotel: Laman web rasmi | Facebook
12. Timez Hotel Malacca
Terselit di deretan rumah kedai, Timez Hotel menonjol dengan gaya minimalis moden yang begitu anggun. Pintu kayu panjang yang mencirikan bangunan pra-perang di Melaka menampilkan konsep warisan hotel moden, sekali gus menjadikan pengalaman menginap di sini sesuatu yang sukar untuk dilupakan.
Harga: RM157 satu malam dan ke atas
Timez Hotel Malacca: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
P/S: Hotel ini terletak di Jonker Walk dan berdekatan dengan Sungai Melaka.
13. TheBlanc Boutique Hotel
Hotel yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Jonker Walk ini merupakan salah satu hotel terbaru di Melaka yang menjanjikan penginapan selesa, moden, dan sempurna kepada mana-mana pengunjung. Lebih best, pengunjung siap dapat tempat letak kereta percuma!
Harga: RM148 satu malam dan ke atas
TheBlanc Boutique Hotel: Laman web rasmi | Facebook
P/S: Hotel ini terletak di Jonker Walk dan berdekatan dengan Sungai Melaka.
14. Hotel Puri Melaka
Hotel Puri Melaka menjadi penanda aras baru dalam penginapan hotel butik di Malaysia. Setiap bilik direka bentuk dengan konsep yang berbeza, memberikan tetamu yang terbaik dalam seni bina Peranakan, sambil memelihara dan memulihkan kemegahan seni bina lama yang menjadi warisan turun-termurun.
Harga: RM107 satu malam dan ke atas
Hotel Puri Melaka: Laman web rasmi | Facebook
P/S: Hotel ini terletak di Jonker Walk dan berdekatan dengan Sungai Melaka.
15. The Rucksack Caratel - Jonker Wing
The Rucksack Caratel - Jonker Wing terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka dan dikelilingi oleh banyak tempat tumpuan pelancong. Latar belakang budaya yang kaya di Melaka dan gabungan warisan Peranakan, Portugis, dan Belanda yang unik terpancar dalam dekorasi hotel ini, juga ditambah dengan pengaruh Barat yang ketara.
Harga: RM127 satu malam dan ke atas
The Rucksack Caratel - Jonker Wing: Laman web rasmi | Facebook
P/S: Lokasi hotel ini sangat berdekatan dengan Sungai Melaka dan Jonker Walk.