seismik

HUAWEI Lancar Siri Terbaru HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e. Jom Pra-Pesan Sekarang!

Wah, bestnya!

Cover image via Huawei Malaysia

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan siri terbarunya iaitu HUAWEI Siri P40 pada 2 April 2020 di Malaysia melalui dalam talian. HUAWEI Siri P40 ini menawarkan dua lagi peranti dibawahnya, iaitu HUAWEI MatePad Pro dan HUAWEI Watch GT 2e.

Satu je perkataan yang admin boleh gambarkan dengan siri terbaru ni, jatuh cinta! Jom admin kongsikan antara kelebihan HUAWEI Siri P40 dan peranti-peranti yang tak kurang hebatnya ni!

HUAWEI Siri P40, hebat dalam fotografi, terbaik dalam rangkaian!

Image via Huawei Malaysia

Kalau korang nak tahu, HUAWEI Siri P40 ini hadir dengan spesifikasi tinggi, dijana cip Kirin 990 dengan sokongan rangkaian 5G dan menggunakan rekaan skrin yang melengkung di kesemua sisi.

Image via Huawei Malaysia

P40 Pro turut dilengkapi dengan keupayaan kamera tri-kamera Ultra Vision Leica, membuatkan ia diangkat sebagai telefon pintar terbaik dalam fotografi dan sudah pun mula dijual di Malaysia dan Brunei.

Image via Huawei Malaysia

HUAWEI Siri P40 ini boleh didapati dalam 4 warna berbeza iaitu Deep Sea Blue, Silver Frost dan Blush Gold bermula dengan harga RM2,799 (P40) dan RM3,899 (P40 Pro).

Untuk pengetahuan korang, apabila korang buat pra-tempahan sekarang, korang berpeluang untuk dapatkan hadiah percuma seperti HUAWEI Freebuds 3, 50GB storan cloud, 1 tahun jaminan, 1 bulan perlindungan skrin, 3 bulan percuma langganan video HUAWEI, bekas pengecasan tanpa wayar (P40) dan supercharger kereta tanpa wayar (P40 Pro). Gempaknya!

Super tablet – HUAWEI MatePad Pro!

Image via Huawei Malaysia

Kalau korang dah pernah menggunakan HUAWEI MatePad Pro ni, confirm korang takkan cari lain dah!

HUAWEI MatePad Pro ni hadir dengan skrin 10.8-inci dengan paparan 2K QHD, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Tablet ini turut hadir dengan bateri 7250mAh dan sokongan pengecasan pantas 40W, selain turut menyokong pengecasan berbalik.

Bermula dengan harga RM2,399 (8GB RAM+256GB ROM + edisi WiFi), tablet ini tersedia dalam 2 warna iaitu Midnight Grey dan Pearl White.

Tempah sekarang dan nikmati barangan percuma seperti keyboard, M-Pen dan 3 bulan percuma langganan video HUAWEI yang kesemuanya bernilai sehingga RM1,000!

Pelanggan yang membuat tempahan bagi siri P40 dan MatePad Pro akan mendapat ganjaran ahli bernilai lebih RM2,381!

Rekaan sporty & stylo, HUAWEI Watch GT 2e aksesori tepat buat korang!

Image via Huawei Malaysia

Buat korang yang gemarkan hidup aktif tetapi masih ingin kekal bergaya, HUAWEI Watch GT 2e memang patut ada dalam list korang! Direka khas buat golongan muda, ia juga dilengkapi dengan 100 mod latihan dan ciri penjejakan kesihatan yang dah dipertingkatkan!

Lebih menarik, HUAWEI Watch GT 2e ni juga mempunyai jangka hayat bateri selama dua minggu! Bermula dengan harga RM599 di pasaran, ia terdapat dalam 2 warna pilihan iaitu Mint Green dan Graphite Black. Korang juga berpeluang untuk dapatkan tali jam percuma bernilai RM68 apabila korang membuat tempahan sekarang!

Nikmati aplikasi kegemaran yang lebih selamat dan menyeronokkan dengan HUAWEI AppGallery!

Image via Huawei Malaysia

Sekarang ni, korang dah tak perlu bimbang tentang keselamatan ketika menggunakan aplikasi keselamatan kerana HUAWEI AppGallery diperkuat dengan empat lapisan perlindungan yang telah disahkan oleh piawaian industri tertinggi iaitu perlindungan 360°, privasi data, kawalan ibu bapa dan satu ID untuk semua peranti.

Kesemua perlindungan dari HUAWEI AppGallery ni juga merangkumi lebih daripada 90% aplikasi yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia, seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.

Kalau korang nak tahu lebih lagi tentang HUAWEI AppGallery ni, klik sini.

Akses HUAWEI video premium PERCUMA untuk 3 bulan!

HUAWEI Malaysia turut menawarkan akses premium percuma 3 bulan untuk HUAWEI video kepada semua siri P40 dan pengguna MatePad Pro.

Bukan itu sahaja, semua pengguna HUAWEI yang sedia ada di Malaysia juga boleh menikmati akses premium percuma selama 1 bulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini tau.

HUAWEI, sentiasa ada untuk korang!

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, HUAWEI turut menyediakan 3 servis perkhidmatan selepas pembelian iaitu:

Perkhidmatan One Stop

Perkhidmatan pembaikan selama satu jam untuk pengguna HUAWEI.

Perkhidmatan Nilai Tambahan kepada rakyat Malaysia

Perkhidmatan ini adalah dalam bentuk penggantian skrin, jaminan tempoh satu tahun dan program Hari Perkhidmatan HUAWEI bulanan, yang merangkumi perkhidmatan profesional untuk perusahaan.

020

O20 ataupun perkhidmatan dalam talian untuk luar talian yang dikuasakan oleh AI dan berasaskan lokasi serta khidmat pengambilan dan penghantaran ini membolehkan pelanggan membuat pembelian atau mendapatkan peranti mereka dibaiki tanpa meninggalkan rumah mereka.

Pra-Tempah sekarang dan nikmati pelbagai tawaran ekslusif!

Image via Huawei Malaysia

Bermula 3 April 2020 sehingga 10 April 2020 ni, korang dah boleh buat Pra-Tempahan untuk siri HUAWEI P40, MatePad Pro edisi Wifi serta HUAWEI Watch GT 2e dan penghantaran akan bermula dari 11 April 2020 ini.

Bukan itu je, bagi pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro pula, korang juga layak mendapat ganjaran ahli bernilai sehingga RM2,381! Jom cepat-cepat buat tempahan korang dan rebut hadiah Pra-Tempah yang bernilai lebih dari RM1,300!

Tapi, hanya buat tempahan di bawah platform yang disyorkan oleh HUAWEI Malaysia seperti yang admin listkan sahaja ni tau:

Kedai dalam talian HUAWEI

Lazada

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Oh, macam ini cara untuk pindah data lama ke telefon baru!

You may be interested in:

Leave a comment