seismik

HUAWEI Tawar Skim Ansuran Untuk Pelajar Serendah RM9 Je Sehari. Boleh Beli Laptop Baru!

Seronok boleh bayar secara ansuran.

Cover image via Yuga Tech | & Xiaomi Today

Kalau bercakap pasal teknologi, students boleh dikatakan golongan yang paling arif

Selalunya, golongan inilah yang banyak guna pelbagai jenis peranti untuk selesaikan tugasan di universiti terutamanya waktu nak buat presentation, research dan banyak lagi.

Tapi kebanyakan harga peranti dengan teknologi canggih yang ada dekat pasaran sekarang ni boleh tahan mahal. Students pulak mana lah ada duit sangat kan. So, atas inisiatif yang ditawarkan oleh HUAWEI melalui kempen Together 2020, students tak perlu lagi pening kepala untuk keluarkan perbelanjaan besar sekaligus untuk beli peranti.

Image via ohbulan.com

Kalau korang nak tahu, salah satu pakej yang diperkenal oleh HUAWEI ni membolehkan pelajar untuk memiliki peranti HUAWEI dengan cara bayaran secara ansuran serendah RM19.39/sehari. Dalam pakej tu, korang boleh memiliki HUAWEI MateBook 13, telefon pintar HUAWEI nova 5T, Watch GT2 dan FreeBuds 3Best kan?

Haa… Korang mesti nak tahu kan apa kelebihan kesemua peranti ni? Jom kita sama-sama check it out.


HUAWEI nova 5T

Telefon pintar ni dilengkapi kamera Quad AI dengan 32MP untuk kamera swafoto. HUAWEI nova 5T juga hadir dengan mod AIS Super Night yang membolehkan korang untuk tangkap gambar dalam tempat yang kurang cahaya. Telefon ni didatangkan dengan AI chipset Kirin 980 yang juga merupakan chipset 7nm pertama di dunia tau.


Image via Yuga Tech

Pasal bateri pulak korang tak perlu risau, sebabnya baterinya dilengkapi dengan teknologi pengecasan SuperCharge yang membolehkan bateri telefon ni dicas sebanyak 50% dalam masa 30 minit je tau. So, kalau nak cepat-cepat ke kuliah tu memang tak ada hal.

Telefon ni juga didatangkan dengan 3 warna yang berbeza iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam. Pendek kata, semua warna ni memang kena dengan jiwa orang muda! Berikut antara gambar yang diambil menggunakan HUAWEI nova 5

Image via HUAWEI

HUAWEI MateBook 13

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua student wajib ada laptop untuk buat assigment, presentation dan lain-lain tugasan. Dengan adanya HUAWEI MateBook 13, ia lebih mudah sebab korang boleh connect terus dengan telefon pintar HUAWEI dengan hanya 1 tap.

Ianya juga mampu untuk gunakan interface melalui semua peranti HUAWEI supaya senang untuk korang control. Dengan menggunakan smartphone nova 5T, korang juga boleh share files dan foto korang ke laptop ni dengan satu tap je tau. Laju pulak tu. Hanya 1 minit je masa yang diperlukan untuk transfer 500 gambar.

HUAWEI Watch GT2

Image via China Gadgets

Bila dah bergelar students, sibuk dengan assignment, kuliah dan program universiti tu perkara biasa. Kalau korang ada Watch GT2 ni, korang tak perlu risau dah pasal terlepas pandang sebarang mesej atau peringatan penting ni kalau korang pair kan jam ni dengan telefon pintar korang.

Jam ni jugak mampu mengawasi kesihatan dan kadar degupan jantung korang serta membolehkan korang untuk tahu laporan penuh tahap kesihatan korang dekat smartphonekorang tu. Paling best, korang juga boleh jawab serta buat panggilan tanpa perlu bawa telefon korang sewaktu tengah bersenam tau. korang boleh dengar muzik terus dekat jam ni.

HUAWEI FreeBuds 3

Peranti FreeBuds 3 ni agak unik sikit sebab ianya dilengkapi dengan ciri-ciri noise reductionyang membolehkan korang nikmati muzik tanpa diganggu dengan bunyi-bunyi daripada luaran. Peranti ni juga membolehkan korang dengar muzik dengan lebih jelas dan membolehkan korang menjawab panggilan melalui FreeBuds 3 ni.

Design juga sangat simple dan selesa untuk dipakai dekat telinga untuk jangka masa yang lama. HUAWEI FreeBuds 3 ni dicipta berdasarkan algoritma generasi Bluetooth yang secara dinamiknya akan menghalang sambungan daripada gangguan WIFI dan secara cepatnya akan mengaktifkan noise cancellation, membolehkan korang untuk menikmati audio dengan lancar.

Banyak lagi pakej ansuran yang menarik!

Image via HUAWEI

Bukan pakej student je yang ada tau, banyak lagi pakej-pakej menarik daripada HUAWEI yang kena dengan personaliti dan gaya hidup untuk korang nikmati dengan harga yang bermula serendah 8.97/sehari je. Paling best kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ni, 0% interest tau!

Image via HUAWEI

So, apa korang tunggu lagi? Cepat-cepatlah pergi dapatkan pakej-pakej yang gempak ni. Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ni.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak lagi peranti yang best dari HUAWEI untuk korang pilih!

You may be interested in: