Ikan Kanai Muncul Semula Di Pulau Pinang Selepas 15 Tahun, Nelayan Tempatan Terkejut

Difahamkan, ikan kanai turut menjadi antara spesies yang digemari kaki pancing sebagai ikan sukan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas kira-kira 15 tahun tidak direkodkan di kawasan berkenaan, ikan kanai atau tembaring dilaporkan muncul semula di perairan Pulau Pinang

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, penemuan menarik itu berlaku apabila seekor ikan berkenaan berjaya ditangkap seorang nelayan tempatan di Sungai Kuala pada 30 Ogos lalu.

Menurut Jabatan Perikanan, ikan tersebut dikenal pasti sebagai Lutjanus goldiei, iaitu spesies pemangsa yang terkenal dengan kekuatan serta daya tahannya.

Disebabkan ciri berkenaan, ikan kanai turut menjadi antara spesies yang digemari kaki pancing sebagai ikan sukan.

Lebih biasa ditemui di Sabah dan Papua New Guinea

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Umpan

Apa yang menjadikan penemuan ini lebih menarik ialah Lutjanus goldiei lebih lazim ditemui di kawasan muara di Sabah dan Papua New Guinea.

Kehadirannya di Pulau Pinang sekali gus menarik perhatian dari sudut taburan geografi spesies berkenaan.

Jabatan Perikanan menjelaskan ikan kanai biasanya mendiami kawasan muara yang dipengaruhi pasang surut serta sungai berhampiran pantai.

Kawasan yang mempunyai tumbuhan bakau dan nipah pula menjadi antara habitat yang sesuai untuk spesies ini berlindung dan mencari makanan.

Menurut jabatan itu, penemuan di Sungai Kuala menunjukkan kawasan tersebut mungkin masih mempunyai keadaan ekologi yang sesuai untuk ikan kanai.

Bukan largemouth bass

Dalam pada itu, Jabatan Perikanan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyamakan ikan kanai dengan largemouth bass (Micropterus salmoides).

Ini kerana ikan kanai merupakan spesies asli, manakala largemouth bass ialah spesies yang diperkenalkan dan dilaporkan wujud di kawasan lain.

Memandangkan Lutjanus goldiei jarang ditemui serta dianggap sensitif terhadap perubahan persekitaran, Jabatan Perikanan menggalakkan pemancing dan nelayan mengamalkan kaedah tangkap dan lepas.

Langkah itu penting bagi membantu usaha pemuliharaan serta memastikan populasi spesies berkenaan terus mampan di perairan Malaysia.

Penemuan semula selepas 15 tahun ini juga menjadi petunjuk menarik tentang keadaan ekosistem Sungai Kuala yang masih mampu menyokong kehidupan spesies ikan yang jarang ditemui.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: