[VIDEO] Selami Semangat Cintakan Negara Dengan 8 Iklan Merdeka 2019 Ini. Boleh Menangis!
Ini baru Malaysia!
1. Digi - Footbraille
Selain makanan, sukan adalah stu lagi elemen penting dalam menyatukan hubungan kita sebagai rakyat Malaysia, lagi-lagi bola sepak.
Lebih menarik lagi, video ini mengetengahkan projek 'Footbraille', iaitu peranti yang boleh membantu golongan OKU penglihatan merasai dan menghidupkan kembali peristiwa bermakna buat seluruh warga Malaysia.
2. CIMB - Bersama Melakar Kemenangan
"Walau apa pun misi atau harapan, matlamat kita semua sama. Kita semua impikan kemajuan, pembangunan, kejayaan, untuk negara tercinta." - Azizulhasni Awang.
3. TM - #JalurLebarJalurGemilang
Warisan seni usah dilupakan. Dengan tahap ketercapaian yang semakin tinggi, perkongsian tentang warisan budaya kini lebih mudah dan lebih meluas. Tiada alasan untuk tidak mengembangkannya ke tahap yang lebih jauh.
4. Petronas - Uni
Dengan tontonan sebanyak 3.6 juta setakat ini, kisah kehidupan seorang pelajar bernama Roger Buang dari Sabah yang baru sahaja berdaftar di Universiti Teknologi Petronas ini benar-benar menyentuh hati.
5. Celcom - Getaran Pertama
Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman berusaha menubuhkan pasukan koir untuk menyanyikan lagu 'Negaraku' pada sambutan kemerdekaan negara yang pertama.
Inspirasi dari kisah benar.
6. AirAsia - Hidup Bersama
AirAsia tampil dengan puisi hasil nukilan teragung sasterawan negara, Dato Seri A. Samad Said. Puisi berjudul Hidup Bersama ini dideklamasikan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad..
7. RHB Group - Ketepikan Perbezaan Warna
Video ini tiada dialog dan hanya warna pakaian yang berperanan penting dalam menyampaikan mesej kepada penonton.
Serius unik sangat!