seismik

Ikuti Cara Paling Mudah Ini Untuk Anda Jana Pendapatan Lebih Banyak Dengan TikTok Shop!

Anda hanya perlu cipta kandungan sendiri dan kongsikan pautan, mudah bukan?

Cover image via TikTok Shop

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh TikTok Shop.

Tahukah anda, sebenarnya jika anda mempunyai bakat untuk mencipta kandungan media sosial yang menghiburkan, anda boleh menghasilkan wang dengan menjadi Affiliate Creator di TikTok Shop!

Dengan sedikit kreativiti dan daya tarikan, anda boleh memperoleh pendapatan daripada TikTok Shop dengan mencipta kandungan promosi (video pendek atau siaran langsung) tentang produk kegemaran anda, seperti yang telah dilakukan oleh ramai creator lain.

Anda tidak memerlukan sebarang modal permulaan atau stok produk untuk memulakan. Anda juga tidak perlu mengendalikan sebarang penghantaran, logistik, atau perkhidmatan pelanggan.

Cara ini dilakukan dengan melalui ciri 'Beg Kuning' yang ada di TikTok di mana membolehkan pembeli menambah produk ke troli mereka secara langsung dari video yang anda buat atau siaran langsung yang anda hoskan.

Menjana wang sebagai Affiliate Creator sebenarnya mudah sahaja, ikuti caranya di bawah:

Apabila anda menjadi affiliate TikTok Shop, anda akan mendapat wang melalui komisen setiap kali penonton anda membeli produk semasa menonton kandungan anda.

Kandungan yang anda cipta boleh berupa video pendek atau siaran langsung, hanya ingat untuk menambah produk ke dalam video anda supaya penonton anda boleh membelinya secara langsung.

Berapa banyak komisen yang boleh anda dapat untuk setiap pembelian akan ditentukan oleh penjual atau pemilik produk. Ini bermakna sebelum anda mula mencipta kandungan anda, anda boleh ketahuinya terlebih dahulu mengenai kadar komisen anda untuk setiap jualan.

Untuk menjadi Affiliate Creator TikTok Shop, ikuti langkah-langkah berikut:

Image via TikTok Shop

LANGKAH 1: Pastikan anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan profil TikTok anda mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.
LANGKAH 2: Pada halaman profil TikTok anda, pilih "Creator Tools"
LANGKAH 3: Pilih "TikTok Shop for Creator" dan pilih "Apply"

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang syarat dan proses permohonan di SINI.

Sekarang anda selangkah lagi untuk menjadi Affiliate Creator, langkah seterusnya ialah mula mencari produk untuk dijual.

Dengan ribuan produk yang boleh dipilih, anda tidak akan menghadapi masalah untuk mencari sesuatu yang ingin anda jual.

Untuk mengenal pasti apa yang anda akan promosikan, cukup ikuti langkah berikut:

1. Dari halaman profil TikTok anda, klik logo bakul untuk mengakses paparan produk anda, kemudian klik "TikTok Shop" untuk memasuki Creator Centre.

2. Di TikTok Shop Creator Centre, scroll ke bawah sehingga anda melihat TikTok Shop toolkit. Di sini, anda akan memilih butang "Product Marketplace".

3. Di dalam pasaran, anda boleh scroll melalui pelbagai produk untuk mencari yang menarik minat anda.

Image via TikTok Shop

Untuk menjadi pencipta kandungan yang lebih baik, TikTok Shop telah menyediakan beberapa tip dan trik daripada creator yang telah berjaya yang boleh anda ikuti dengan segera!

1. Cara memilih produk untuk dipromosikan:

Pinn Yang mengesyorkan agar penjual baharu memilih produk yang mereka minati, yang akan membolehkan mereka membina pengikut organik.

"Apabila memilih produk, mulailah dengan membaca ulasan produk untuk memahami apa yang pembeli fikirkan dan apa kebimbangan yang berpotensi wujud. Seterusnya, perhatikan penstrimer langsung lain untuk melihat produk mana yang berprestasi baik.

"Akhir sekali, pertimbangkan untuk bekerjasama dengan MCN seperti Pixie, di mana anda akan mendapat sokongan tentang idea kreatif dan pengeluaran. Pengalaman kami dengan pelbagai produk dan hubungan dengan jenama boleh memudahkan pemilihan pilihan yang sesuai untuk penonton anda," katanya.

@yang First time Pinn Yang beli kereta untuk? #pinnyang #TikTokShop1111MegaSale original sound - molly !

Tambah Pinn Yang lagi, terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan semasa memilih produk, seperti harga, kualiti, dan betapa mudah atau sukarnya untuk menjualnya.

"Kesukaran menjual juga boleh bergantung pada betapa baiknya anda boleh menunjukkan kualiti produk dalam video. Sebagai contoh, barangan berimpak visual seperti pembersih vakum, yang menunjukkan kesan sebelum dan selepas yang jelas, sering lebih mudah untuk dijual," katanya.

2. Cara mencipta kandungan yang boleh bertukar kepada jualan yang tinggi:

Perkongsian daripada creator almiyaz pula memberitahu, untuk mereka yang baru nak bermula di TikTok Shop, anda boleh mula menjual dengan memilih produk yang anda suka.

Contohnya, kalau suka fesyen, boleh mula dengan menjual jubah ke, tudung ke, begitu juga dengan niche yang lain.

Untuk permulaan, boleh juga untuk cuba lain-lain kategori sampai jumpa yang betul-betul serasi dengan persona awak. Kemudian, awak all out dan terus konsisten.

Perkara paling penting adalah demand produk tersebut. Adakah produk tersebut tengah trending? Dari segi harga pula memang sangat perlu check sama ada berpatutan atau tidak.

Ada voucher atau diskaun dan flash sales tak ? Jangan syok sendiri tapi letakkan diri kita as a buyer. Contohnya, "jika aku sebagai pembeli, aku nak beli tak jubah dengan harga macam ini?".

Selain itu, jangan lupa check kualiti produk tersebut sebab ini akan membina trust customer kepada kita untuk jangka masa yang lama dan rating kedai kita ( PQP ) berada pada tahap yang baik. Jangan terlampau kejar sales sampai ketepikan terus kualiti produk.

3. Cara mencapai penukaran jualan tinggi semasa siaran langsung di TikTok:

Creator moncherilive juga mendedahkan bahawa cara paling mudah untuk mengadakan siaran langsung yang berkesan adalah dengan merancang terlebih dahulu.

"Anda harus meramalkan berapa banyak yang anda perlu capai dan berapa banyak yang anda perlu jual setiap jam. Jadi menilai produk anda dan menentukan tempoh setiap siaran langsung adalah sangat penting," katanya.

@moncherilive Harga paling berbaloi jangan lupa save the date!! #moncherilive #fyp #baju #blouse #viral Cute - Aurel Surya Lie

Tetapi jika anda ingin memperoleh pendapatan affiliate tanpa mencipta kandungan, anda juga boleh!

Sebagai sebahagian daripada Jualan Mega 11.11 TikTok Shop yang berlangsung dari 7 hingga 11 November, TikTok Shop mempunyai ciri Affiliate Links baharu di mana anda boleh dibayar hanya dengan berkongsi pautan ke produk yang anda suka.

Melalui program ini, anda boleh menjana komisen affiliate dengan mengesyorkan produk TikTok Shop kepada rakan dan keluarga anda.

Yang anda perlukan hanyalah berkongsi pautan unik ke produk yang ingin anda promosikan, dan dapatkan bayaran setiap kali pembelian dibuat melalui pautan tersebut!

Berikut di bawah antara caranya:

Contoh pautan dikongsi melalui WhatsApp.

Image via TikTok Shop

  • Setiap pautan dikaitkan dengan akaun anda
  • Pautan boleh mempromosikan produk tunggal (Pautan Produk) atau pelbagai produk sekaligus (Pautan Showcase dan Pautan Kempen)
  • Apabila seseorang membuat pembelian dengan mengklik pautan itu, komisen dikreditkan kepada mereka

Untuk menjana Affiliate Links, ikuti langkah-langkah di bawah:

Image via TikTok Shop

LANGKAH 1: Tambahkan produk ke paparan akaun anda.

LANGKAH 2: Pada halaman butiran produk, klik butang Share (ikon anak panah) di sebelah troli membeli-belah.

LANGKAH 3: Sebaik sahaja kad dijana, anda akan mendapat pautan yang boleh anda kongsi dan memperoleh komisen daripadanya.

Jadi, mudah bukan nak jana pendapatan tambahan dengan TikTok Shop?

Jangan lupa TikTok Shop kini sedang mengadakan Jualan Mega 11.11, yang menampilkan banyak diskaun besar-besaran dan hadiah percuma!

Bermulalah daripada sekarang sebagai Affiliate Creator di TikTok Shop kerana Jualan Mega 11.11 sedang berlangsung sehingga 11 November ini!

Bukan itu sahaja, di antara siaran langsung di TikTok nanti, beli semua produk TikTok Shop kegemaran anda pada harga yang luar biasa. Pelbagai baucar menarik, promosi beli 'satu percuma satu' dan tawaran siaran langsung istimewa menanti anda di TikTok Shop.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi tawaran menarik daripada TikTok Shop di SAYS Seismik: