seismik

Indah & Menyentuh Hati! Lelaki Ini Kongsi 21 Pesanan Penuh Makna Pendakwah, Ustaz Ebit Lew

Semoga bermanfaat.

Cover image via Ebit Lew / Instagram

Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah sebelum PKP juga, beliau giat turun padang bagi membantu insan yang tidak bernasib baik dan melakukan dakwah dengan cara yang sangat sopan serta lemah-lembut.

Meskipun ada sesetengah pihak yang dilihat 'kurang senang' dengan tindakan beliau, insan ini bagaimanapun tidak pernah kenal erti berputus asa malah terus giat menjalankan aktiviti badan kebajikannya bagi memastikan nasib golongan yang kurang bernasib baik ini terbela dan terjaga.

Pengikut setia Ustaz Ebit Lew pastinya menyedari bahawa insan ini sering mengungkapkan kata-kata yang penuh hikmah dan menyentuh hati dalam setiap dakwahnya

Susulan itu di Twitter, seorang individu bernama Rahim Isam telah berkongsikan 21 pesanan bermakna yang telah diungkapkan oleh Ustaz Ebit Lew sebelum ini.

Sejak ia dikongsikan, tweet individu tersebut cukup mendapat perhatian netizen di mana ia telah meraih lebih daripada 25 ribu retweets dengan hampir 28 ribu tanda suka.

Lihat di bawah untuk perkongsian penuh:

Kalau kita lupa Allah sekalipun, Allah tetap ingat kita

Yang penting hidup kita sayang Allah

Semua yang terjadi bukan kebetulan, ia telah diaturkan oleh Allah

Jangan risau jika berbuat baik orang tak nampak, tapi ingatlah yang Allah nampak

Sangat deep kan? Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: