seismik

Indonesia Tuduh Malaysia Curi Popiah Melalui Protes #SaveLunpia. Biar Betul?

Popiah pun nak dijadikan isu. Susahlah macam ni.

Cover image via laralana.blogspot.com

Ini Bukanlah Pertama Kali Indonesia Menuduh Kita Mencuri Budaya Mereka. Sebelum Ini, Mereka Mendakwa Tarian Ngajat...

Image via SAYS.com

... Seni Lukisan Batik...

Image via SAYS.com

... Rendang Dan Macam-Macam Lagi Adalah Milik Mereka Dan Merupakan Warisan Mereka Sejak Turun-Temurun.

Image via Nyonya Cooking

Kali Ini, Mereka Menuduh Kita Mencuri Popiah Pula

Image via SAYS.com

Adakah Kenyataan Di Atas Mampu Membuat Anda 'Facepalm' Seperti Ini?

Image via funnyhub.com

Perkara Ini Baru Saja Berlaku Pada 20 Februari Lalu. Satu Protes Dengan Hashtag #SaveLunpia Telah Diadakan Di Jakarta Bagi Menegaskan Bahawa Kuih Popiah Adalah Milik Indonesia.

Image via cahayabaru.co

Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 20 Februari 2015 bagi menegaskan bahawa kuih popiah, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.

Protes 'Save Lunpia' anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.

sinarharian.com.my

Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, Langkah Itu Perlu Diambil Supaya Popiah Semarang Tidak Didakwa Sebagai Makanan Milik Malaysia

“Formasbudi mengambil langkah ini supaya nanti popiah Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia. Pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan telah menetapkan Lumpia Semarang sebagai warisan budaya nasional bukan benda."

astroawani.com

"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah awal agar popiah tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan ia sebagai warisan budaya nasional. Jangan sampai popiah menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah pencegahan,” kata Rahmulyo.

sinarharian.com.my

Peserta Protes Itu Juga Dilaporkan Memberikan Popiah Semarang Kepada Duta Besar Malaysia Ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Beliau Turut Memaklumkan Perkara Tersebut Melalui Twitter.


Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Memberitahu Indonesia Supaya Menutup Mulut Dan Berhenti Membuat Tuntutan Ke Atas Popiah

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Image via thesundaily.my

“Jika mereka mula menuntut semuanya, bagaimana dengan Bahasa Indonesia? Tanya mereka Bahasa Melayu adalah milik siapa? Bahasa Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu yang mana kita semua adalah satu sebelum wujudnya Nusantara."

“Mereka tidak menuntut segala-galanya di Nusantara sebagai hak mereka kerana kawasan berkenaan pernah menjadi satu,” tegas Nazri.

therakyatpost.com

Isu Ini Turut Mendapat Perhatian Chef Wan. Seperti Biasa, Beliau Menyelar Peserta-Peserta Protes Itu Sambil Berkata, "Kebanyakan Mereka Itu Keluar Negara Sendiri Pun Tak Pernah."

Chef Wan menyelar isu perebutan popiah.

Image via ytimg.com

Susah apabila manusia berfikiran cetek dan pendek akal mereka. Dah la kebanyakan mereka itu keluar negara sendiri pun tak pernah dan melihat popia atau Spring Roll need di serata dunia orang dan reka berzaman zaman lagi menguna pelbagai nama.

From negara China tu Filipina yg mereka panggil Lumpia sehingga la ke Mexico yg diberi nama Chimicanga dan mcm2 lagi la.

The idea is always the same.Food that is wrap and roll lalu di goreng. Even di Thailand pun mau pun Vietnam have their own version of Spring roll..tak pulak mereka2 itu meyalak ke negara Asing seperti apa yg Indonesia is doing. Sungguh memalu kan.

Tak ada issue lain ke nak cari pasal? Dah la dunia di luar itu kecoh orang bergaduh pasal all kind of issue ini kita Allah turun kan makanan enak2 supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat dan bukan suruh berperang. Islam ke orang2 mcm tu?

Dalam Perkembangan Terbaru, Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Irman Gusman Menganggap Isu Ini Bagai Masalah Adik Beradik

Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Irman Gusman.

Image via indonesia-2014.com

Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Irman Gusman berkata, demonstrasi itu dibuat sekadar bertujuan memperkenalkan kuih itu yang dinamakan 'Lunpia Semarang' sebagai makanan warisan republik itu.

"Isu popia ini bagai masalah adik dengan kakak yang melibatkan hal-hal kecil sahaja dan langsung tidak memberi masalah kerana selepas itu kita akan berbaik semula," katanya.

kosmo.com.my

Jadi, Apa Pendapat Anda? Kongsikan Bersama Kami Pada Ruangan Komen Di Bawah.

Lagi Artikel Menarik Mengenai Indonesia Di SAYS:

You may be interested in: