seismik

Ingatkan Rambut Betul, Rupanya Si Comel Ini Pakai Cekak Rambut Buat Netizen Rasa Tertipu

Geram je tengok.

Cover image via @syadiana__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anak-anak merupakan rezeki terhebat yang dikurniakan oleh Allah SWT

Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka dengan baik.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang ibu berkongsi video anak perempuannya yang comel telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi video anak kesayangan, tetapi cekak rambut jadi perhatian

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syadiana__ di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak perempuan bersama ibuya di dalam kereta.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cekak rambut yang dipakainya yang menampakkan seolah-olah budak perempuan itu mempunyai rambut, padahal tidak. Hal ini membuatkan netizen berasa seperti 'kena scam'.

“Weyy dalam hati cakap Ya Allah lebatnya rambut baby, sekali pusing MasyaAllah” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 76.6K tanda suka dan 2,064 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun rasa macam kena scam dengan cekak rambut dia. Geram je! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: