seismik

“Terus Bad Mood” - Makanan Kena Rembat, Reaksi Comel Budak Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Sampai hati ambil makanan dia.

Cover image via @usern4menotfoundd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi sesetengah orang, makanan merupakan sumber kebahagiaan mereka

Iyalah, bila kita makan makanan yang lazat, sudah pasti hati kita akan berasa senang. Perut pun kenyang, betul tak?

Begitu juga dengan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, berkenaan seorang budak lelaki yang menunjukkan reaksi tidak puas hati apabila makanannya diambil telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru je excited sebab dapat makanan, terus murung sebab makanan kena curi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @usern4menotfoundd di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak lelaki sedang duduk di sebuah meja makan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila dia dilihat begitu teruja sewaktu seorang wanita memberikannya makanan. Namun, wajah budak lelaki itu terus bertukar muram setelah makanannya sempat 'dirembat' oleh wanita tersebut.

“Geleng dengan penuh perasaan tak puas hati tu. Eee geramnya” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 12.5M tontonan, 536.5K tanda suka dan 2,417 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Janganlah ambil makanan adik tu, kesian dia :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: