“Macam Jelly” - Gadis Selamba Makan Mata Lembu Ini Buat Netizen Kembang Tekak
Boleh makan ke sebenarnya?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, umat Islam di seluruh dunia baru sahaja selesai mengerjakan ibadah korban
Ibadah yang sangat digalakkan ini dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan ia juga merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkaitan seorang gadis yang selamba makan mata lembu telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jarang dibuat orang, gadis ini gemar makan mata lembu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ieyzahh23 di TikTok, kelihatan seorang perempuan sedang cuba memotong bahagian mata lembu.
Apa yang membuatkan netizen kembang tekak adalah apabila dia dengan selamba memakan mata lembu tersebut. Difahamkan, rasanya seakan-akan jelly dan masin.
“Mata lembu belum pernah lagi sis, mata kucing pernah. Sedap dan manis” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 915.2K tontonan, 27.8K tanda suka dan 2,117 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Malah, ramai juga yang kembang tekak.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!