[VIDEO] Tak Nak Membazir Punya Pasal, Wanita Pakai Inai Dekat Tapak Kaki Ini Undang Tawa
Kenapalah sampai macam tu sekali.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, satu produk inai telah tular dan dicuba oleh kebanyakan netizen
Inai yang diasaskan oleh usahawan dan selebriti terkenal Neelofa itu telah menjadi bualan ramai disebabkan warna inainya yang gelap seperti jari terkepit pintu.
Tular satu video di sosial media berkenaan seorang pengguna inai tersebut yang memakai inai di tapak kaki telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sayang dan tak mahu membazir, dia bedal pakai inai dekat tapak kaki
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tasyatahir2 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak perempuan sedang tidur dengan kukunya yang telah dipakaikan inai.
Kemudian, pemilik video sempat menunjukkan jari tangan dan kakinya yang sudah siap diinai. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia menunjukkan kedua-dua tapak kakinya yang penuh dengan inai juga.
Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana tidak ingin membazirkan inai yang telah dibeli.
“Kak kenapa tak lumur je kat muka ala-ala mask” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2M views, 67.6K likes dan 2,207 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan reaksi masing-masing setelah melihat video itu. Malah, ada juga yang bingung dengan perbuatan wanita tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!