seismik

“Penat Sangat” - Aksi Rider foodpanda Terkial-Kial Cari Beg Ini Buat Netizen Terhibur

Memang betul penat abang ni.

Cover image via @aediladha99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan bahawa jasa penghantar makanan memang sangat dihargai

Lebih-lebih lagi, ketika pandemik Covid-19 ini. Kewujudan mereka telah memudahkan urusan harian kebanyakan orang kerana kita tidak perlu keluar rumah untuk membeli makanan.

Tular satu video di TikTok, berkenaan seorang rider foodpanda yang terkial-kial mencari beg penghantarannya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aediladha99

Banyakk kali dah anak muda nasihatkan. Org tua duk umah diam ii. Kan dah lupa. #anakmuda #fypviral #fypdongggggggg

original sound - ℂ ℕℕ - KNAPE ERK!

Beria cari beg, rupa-rupanya dia kepit bawah ketiak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aediladha99 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang rider foodpanda yang sedang sibuk mencari beg thermal miliknya.

Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila beg thermal itu sebenarnya tidak hilang, tetapi dikepit di bawah ketiak rider itu. Reaksi rider tersebut setelah menyedari keberadaan begnya itu juga mengundang tawa.

“Awal sangat bagitahu dia, biar dia cari melilau dulu” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 404.3K views, 40.8K likes dan 1,120 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi rider foodpanda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Penat sangat tu bang sampai beg pun lupa letak dekat mana :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: