Ingin Tempat Mengadu? Jangan Cari Bomoh. 5 Individu Ini Lebih Layak.
Siapa yang tak pernah kecewa? Dan bila anda kecewa, pasti anda perlu tempat untuk mengadu.
Baru-baru ini, terdapat satu kes dimana seorang gadis berusia 22 tahun meminta khidmat bomoh untuk kembalikan daranya. Tetapi akhirnya dia dirogol bomoh tersebut.
Bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi, kami senaraikan 5 individu selain bomoh, yang anda patut jumpa bagi meminta khidmat nasihat sekiranya anda mempunyai masalah dalam hubungan cinta:
1. Ibu anda
Siapa yang lebih mengenali kita selain daripada ibu kita sendiri? Ibu lah yang membesarkan kita dan menjaga kita dari kecil.
Walaupun ditimpa apa-apa masalah sekalipun, mereka tidak akan judge mahupun terus menghukum kita. Mungkin dalam sesuatu situasi, mereka akan marah dahulu tetapi lama kelamaan kemarahan itu akan reda.
Ibu mana yang tak sayangkan anak mereka bukan? Jadi mereka lah tempat yang paling sesuai untuk kita luahkan masalah.
2. Adik-beradik yang rapat
Adik-beradik juga boleh menjadi tempat mengadu. Walaupun kadang-kadang bergaduh atau bertengkar, air yang dicincang tidak akan putus. Selepas ibu bapa. adik beradik lah yang paling boleh dipercayai daripada orang lain.
Mereka mungkin lebih memahami kita kerana mereka telah perhatikan kelakuan kita sejak dari kecil lagi.
3. Ahli keluarga lain seperti sepupu dalam lingkungan umur yang sama
Bagi anda yang tidak ada adik-beradik yang rapat, anda mungkin boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada sepupu terdekat. Jadi, sebelum anda pergi jumpa bomoh, cuba berkongsi masalah cinta dengan sepupu dahulu dan tanyakan pendapat atau nasihat daripada mereka.
4. Kawan yang memang mengenali anda dan anda percayai
Sesetengah orang tak berapa selesa nak bercakap dengan ibu bapa dan keluarga tentang cinta dan masalah. Jadi, kawan baik lah orang yang akan dicari kerana kadang-kadang mereka lebih memahami kita.
Tak kiralah sama ada kawan baik yang sama jantina atau tidak. Sebab ada masanya kawan baik yang berlainan jantina itulah yang lebih membantu memberi nasihat kerana mereka nampak sesuatu dari perspektif yang berbeza.
5. Kaunselor atau orang yang lebih matang dan berpengalaman
Kalau dah tak ada orang sangat nak cerita pasal masalah kita, gunakan khidmat kaunselor atau cari orang yang lebih berpengalaman. Apabila anda berkongsi masalah dengan mereka yang lebih berpengalaman, mereka dapat membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!