Ini 5 Perkara Orang Selalu 'Order' Makanan Online Je Yang Faham & Boleh Relate
Yang penting kena ada free delivery!
Ketika pandemik ni, lebih selamat untuk kita makan di rumah. Walaupun banyak kedai yang dah dibuka tapi lebih elok untuk tidak bergerak ke sana sini bagi mengurangkan risiko jangkitan tersebut!
Tambahan lagi kalau anda ada ramai ahli keluarga, tak semua kedai mempunyai ruang duduk untuk kumpulan besar.
Lebih baik anda order je makanan secara online. Untuk yang work from home pun takda terkejar-kejar untuk masak kan? Jadi apa solusi terbaik?
Online delivery lah hari-hari! Tapi, kalau anda order hari-hari, mesti lama-lama anda pun dah jadi pro.
Pasti ada tips dan hacks yang anda akan lakukan betul tak? Jom tengok kat bawah ni, ada tak antara perkara ni yang anda pernah buat?
1. Sedaya upaya cari kod diskaun
Kalau ada 10 kod promo anda jumpa ha memang semua sepuluh lah anda akan cuba masukkan.
Dapat 10% diskaun pun anda tak kisah janji ada pengurangan harga. Rasa puas hati bila dapat beli makanan dengan harga lebih rendah!
2. Order awal untuk elak waktu puncak
Kalau dah 'terer' order makanan online, anda mesti dah boleh agak bila waktu puncak dan bila waktu yang dah agak reda.
Jadi, anda akan order awal untuk elak waktu itu! Apa saja supaya anda dapat makanan dengan lebih laju kan?
3. Order makanan lebih sebab ada promosi bundle
Ini paling selalu orang buat! Daripada nak beli satu makanan, beli 2 sebab ada promosi bundle! Admin pun selalu jugak buat macam ni, jimat sebab boleh buat makan tengahari dan makan malam sekali.
4. Tukar menu makanan sebab takda promo
Dalam otak dah fikir siap-siap nak makan ayam goreng, nak makan ayam goreng. Tup, tup buka aplikasi, tengok ayam goreng takda promo pulak hari ni!
Sanggup tukar menu lain yang ada promo. Fuh, kental sungguh ya geng-geng pro ni. Terus tukar fikiran!
5. Mesti cari yang free delivery!
Perkara pertama bila buka aplikasi, terus on tab ‘Free Delivery’ skrol atas bawah atas bawah banyak kali sambil fikir yang mana agak-agak kena dengan tekak hari ni.
Lepas tu, fikir balik patut ke beli yang tak ada caj penghantaran ke guna je yang free ni? Hurm, sejam jugak ambik masa berfikir punya pasal.
Geng-geng pro mesti hari-hari beli makanan dekat foodpanda!
Buat yang kaki promo memang akan beli dari satu aplikasi makanan ni je! Aplikasi yang paling selalu ada berikan promo-promo mesti lah foodpanda!
Terdapat juga perkhidmatan Pick-up dan Shops yang anda boleh explore.
Bukan hanya makanan, sekarang ni anda boleh beli barang basah jugak tau di pandamart di bawah pilihan Shops.
Best betul, pilih-pilih nanti dalam 35 minit sampai la barang basah anda order tu, terus boleh masak. Tak terhad kepada barangan basah je, ada juga lampin bayi, syampu, sabun, barangan kesihatan dan macam-macam lagi lah!
Mana yang tak nak ada caj penghantaran, anda boleh pilih pilihan pick-up! Jadi, anda boleh datang dan ambil sendiri makanan anda tu. Flexible kan foodpanda ni? Macam-macam alternatif anda boleh pilih ikut kesenangan anda.
Untuk bulan April ini, anda boleh nikmati diskaun apabila letak kod JOY33 bila nak checkout nanti tau! Anda akan dapat 33% OFF* bila anda berbelanja lebih daripada RM20! Maksimum diskaun sehingga RM7 tau! Kod ni valid sehingga 30 April 2021!
Bukan makanan je, foodpanda bawakan Famili Duo untuk anda!
Paling best, bermula 14 Februari 2021 akan ada rancangan terbaru bertajuk Famili Duo yang akan bersiaran setiap hari Ahad pada jam 9 malam di TV3. Program yang menampilkan peserta secara duo ni merupakan satu-satunya rancangan sebegini di Malaysia!
Berbeza dengan rancangan realiti yang lain, dalam Famili Duo ini peserta akan menyanyikan lagu-lagu Sing-Along-Song’ secara duo.
Seramai 40 peserta terdiri daripada selebriti popular bersama pasangan yang juga merupakan ahli keluarga mereka akan berentap dalam rancangan ini.
Peserta akan membuat persembahan secara langsung untuk penonton di studio dan juga di rumah!
Anda mesti terkejut bila dapat tahu siapa yang ada hubungan kekeluargaan dengan siapa dan bakat mereka memang sangat wow!
Rancangan yang dikendalikan oleh Uyaina Arshad dan akan menampilkan Didie Allias dan Mark Adam sebagai juri ini berlangsung bermula dari 14 Februari yang lalu dan kini semakin hangat! Anda mesti tak nak lepaskan peluang untuk tonton rancangan ni.
Jadi guys, pada setiap hari Ahad jam 9 malam jangan lupa untuk set time anda untuk tonton rancangan Famili Duo ni di TV3 dan juga saluran YouTube TV3!
Sambil-sambil tonton tu, jangan lupa order foodpanda! Tak best la tengok rancangan realiti tanpa snek kan? Order je dekat SINI!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.