seismik

Ini 6 Perkara 'Norma Baharu' Yang Rakyat Malaysia Boleh Relate Sepanjang Tahun 2020

Yang last sekali mesti semua orang pernah buat.

Cover image via Sabah Post & Live At PC

Sedar tak sedar, dah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu

Bukan hanya gaya hidup, malah macam-macam perkara yang dah berubah semenjak dunia dilanda wabak COVID-19. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir kan?

Tapi, apa-apa pun, satu hari nanti, mesti kita akan kenang semula peristiwa ini dan ceritakan pada anak cucu.

Jom kami kongsikan antara perkara-perkara norma baharu yang berlaku sepanjang tahun 2020. Anda mesti boleh relate kan?

1. Jangan lupa scan MySejahtera!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Live At Pc

Sebelum ini, nak pergi mana-mana kedai ataupun restoran, kita bebas keluar masuk. Tapi sejak norma baharu ni, siapa tak scan MySejahtera boleh didenda tau!

Awal-awal memang semua orang tak biasa dan asyik lupa, tapi lama kelamaan, dah jadi macam satu kewajipan dah.

2. Sila beratur dan jaga jarak!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Sebelum ini, cukup susah nak tengok rakyat Malaysia beratur. Tambah lagi kalau tengah tunggu tren ataupun nak bayar kat kaunter. Siap ada yang potong barisan! Tapi sejak SOP (Standard Operating Procedures) dijalankan, di mana-mana pun semua orang dah patuh dan beratur dengan jarak 2 meter.

3. Jaga kebersihan diri lebih ekstra!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sabah Post

Ramai yang menyedari akan pentingnya menjaga kebersihan tetapi kita tak sangka yang ia akan menjadi perkara yang paling penting untuk hindarkan diri dari dijangkiti Covid-19. Daripada malas basuh tangan, sekarang ni kalau boleh setiap minit nak cuci tangan.

Kalau dulu, memang jarang sangat nak nampak orang pakai mask kecuali bila jerebu ataupun selsema. Tetapi dalam norma baharu ni, mask dan hand sanitizer dah jadi satu keperluan, sehingga orang sanggup beratur panjang di farmasi. Sampai habis semua stok dibuatnya!

4. Bekerja dan belajar dari rumah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Forbes

Bukan hanya sekolah yang ditutup, tetapi kebanyakan sektor pekerjaan juga tak dibenarkan beroperasi dan ramai daripada kita yang kena bekerja dari rumah. Bayangkan kena bekerja dan pada waktu yang sama kena pantau persekolahan anak-anak secara online. Memang mencabar!

5. Semua orang jadi chef!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bon Appétit

Ingat tak masa Perintah Kawalan Pergerakan pertama kali dijalankan, tiap-tiap hari media sosial dibanjiri dengan segala gambar masakan. Boleh kata semua resepi anda nak cuba, daripada lauk pauk, kek, biskut sehinggalah ke pencuci mulut. Punyalah bosan duduk di rumah sampaikan yang tak reti masak pun dah jadi master chef!

6. Order makanan online

Image via foodpanda

Memandangkan kita semua tak dibenarkan untuk makan di kedai, nak masak pulak dah jemu dengan air tangan sendiri dan kadang-kadang tak sempat. Jadi, memang servis penghantaran makananlah yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Yelah, dah lah mudah, tak payah beratur panjang-panjang di kedai dan ada macam-macam pilihan lagi! Pilihan admin, dah tentulah foodpanda!

Selain penghantaran makanan, anda juga boleh beli barang dapur dan keperluan harian di foodpanda!

Image via foodpanda

Kalau anda nak tahu, foodpanda kini turut menyediakan perkhidmatan lain seperti Pick-Up, Shops dan pandamart tau!

Buat anda yang tak sempat nak keluar dan malas nak beratur panjang untuk beli keperluan harian, tak payah risau. Anda shopping je online melalui pandamart dan abang-abang rider akan beli kemudian hantarkan pesanan anda terus ke depan pintu rumah. Mudah kan?

Bukan hanya barang dapur, anda juga beli barang keperluan harian seperti barangan penjagaan diri, barang kosmetik, gajet, ubat-ubatan, kanta lekap dan macam-macam lagi di kedai-kedai pilihan melalui pandamart shops. Nak hantar bunga kepada yang tersayang pun boleh. Semuanya foodpanda akan setelkan. Cool!

Image via foodpanda

Selain itu, kalau anda nak order makanan tanpa tunggu lama, anda juga boleh pesan makanan di foodpanda Pick-Up dan ambil makanan anda di restoran-restoran yang terpilih tanpa perlu beratur. Yang bestnya dengan foodpanda Pick-Up ni, anda tak akan dikenakan bayaran penghantaran atau nilai pesan minimum. Yeay!

Oh ya, anda juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 20% apabila anda pesan dengan foodpanda Pick-Up tau!

Tempoh diskaun: 1 Januari – 31 Disember 2021

Jangan lupa gunakan kod promo JOY33 bila nak pesan makanan di foodpanda nanti. Anda akan dapat diskaun 33% untuk semua restoran. Yeay! Kod ni valid sampai 30 April 2021 tau!

foodpanda bawakan rancangan realiti terbaru, Famili Duo!

Lebih menarik, bermula 14 Februari 2021, satu rancangan terbaru iaitu Famili Duo akan bersiaran setiap hari Ahad, pada jam 9 malam di TV3.

Famili Duo merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama kali diadakan di Malaysia dan seramai 40 pasangan peserta terdiri daripada selebriti popular serta ahli keluarga mereka bakal beradu suara serta menunjuk bakat nyanyian masing-masing.

Rancangan yang dihoskan oleh Uyaina Arshad ini juga akan menampilkan Didie Alias serta Mark Adam sebagai barisan juri tetap.

Istimewanya, foodpanda merupakan penaja utama rancangan ni! foodpanda, keriangan melalui pesanan dalam setiap episod!

Jadi, jangan lupa untuk saksikan Famili Duo di TV3 serta pesanlah di foodpanda sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web foodpanda.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: