seismik

Ini Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Airbnb & Hotel Masa Travel. Penting!

Terdapat dua cara kesan hidden camera.

Cover image via Tribun Travel & Eratuku

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang mengambil peluang untuk travel pasa musim cuti sekolah hujung tahun ini

Semestinya, kita akan menempah bilik hotel atau Airbnb di sekitar kawasan melancong. Sebaik saja kita check-in di hotel, kita akan menyesuaikan diri dengan bilik itu untuk penginapan sepanjang bercuti. 

Namun, tahukah anda sebenarnya boleh jadi ada banyak kamera tersembunyi di dalam bilik itu. Jadi, untuk memastikan keselamatan dan menjaga privasi anda, sebaiknya anda dan keluarga periksa dulu seluruh bilik. 

Nak tahu macam mana nak periksa? Jom follow tips ini! 

Image via GIPHY

Salah satu penyiar negara China, CCTV baru-baru ini mengeluarkan tutorial tentang cara untuk mengesan jika kamera tersembunyi dalam Airbnb atau bilik hotel anda

Shanghaiist melaporkan bahawa terdapat dua cara untuk mengesan pemasangan kamera tersembunyi dalam bilik anda.

1. Pancarkan lampu suluh pada celah-celah kawasan atau lubang kecil

Pastikan anda semak soket dinding, kotak tisu, jam, botol syampu, penghawa dingin, router wifi dan lain-lain peralatan yang ada di dalam bilik tersebut. Kebiasaannya, kamera tersembunyi dipasang di alat-alat tersebut. 

Menurut laporan itu, kamera tersembunyi mempunyai salutan khas yang akan memantulkan lampu warna hijau atau biru jika ada cahaya menyinarinya. Oleh sebab itu, pastikan anda suluh lampu ke semua peralatan yang ada di dalam bilik. 

Kamera tersembunyi dalam pengesan kebakaran ditemui oleh pasangan yang menginap di Airbnb di Korea Selatan.

Image via The Korea Times/Branding In Asia

2. Tutup lampu bilik, gunakan kamera depan telefon anda untuk mengimbas bilik

Anda perlu mematikan semua lampu di dalam bilik dan menutup sebarang langsir untuk mengesan kamera tersembunyi. 

Kebiasaannya, kamera tersembunyi akan memantulkan cahaya berkelip. Imbas menggunakan kamera depan, jika cahaya ungu berkelip muncul pada kamera anda, mungkin di situ ada kamera yang tersembunyi. 

Jadi, bagi sesiapa yang nak travel tu, jangan lupa semak dulu untuk keselamatan anda!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: