Ini Kawasan Yang Terlibat Dalam Penutupan Jalan Di KL Dari 21 Hingga 27 Julai
Penutupan jalan adalah bersempena program Citrawarna 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup secara berperingkat dari 21 hingga 27 Julai untuk memberi laluan kepada Citrawarna 2026
Citrawarna merupakan salah satu perayaan kebudayaan terbesar di Malaysia yang diadakan sebagai sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2026.
Penutupan terbesar akan melibatkan Jalan Raja, yang terletak betul-betul di hadapan Dataran Merdeka.
Jalan ini akan ditutup sepenuhnya dari jam 12 tengah hari pada hari Selasa, 21 Julai hingga 5 pagi pada hari Isnin, 27 Julai untuk membolehkan persiapan acara, operasi dan kerja-kerja pemasangan
Menurut penganjur, orang ramai disarankan mengelakkan memasuki kawasan tersebut dalam tempoh ini dan menggunakan laluan alternatif jika boleh.

Penutupan jalan tambahan akan berlaku semasa Colours of Parade, acara kemuncak Citrawarna 2026
Untuk raptai, jalan akan ditutup pada:
- 24 Julai (Jumaat): 9 malam hingga 2 pagi
Untuk perarakan utama, penutupan akan berlaku pada:
- 25 Julai (Sabtu): 6 petang hingga 11 malam
Jalan-jalan yang terjejas termasuk:
- Bulatan Dato' Onn ke Jalan Parlimen
- Jalan Raja Laut
- Jalan Esfahan
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan Tun Perak
- Laluan akses Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishamuddin
Lorong kecemasan akan kekal tersedia sepanjang tempoh penutupan.

Penganjur menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam jika menuju ke Dataran Merdeka untuk perjalanan yang lebih lancar
Mereka yang memandu ke bandar dinasihatkan untuk merancang lebih awal, mengikuti lencongan lalu lintas dan memperuntukkan masa perjalanan tambahan.
Untuk memudahkan perjalanan, Grab menawarkan baucar e-hailing RM3 kepada 1,000 pengguna pertama setiap hari dari 24 hingga 26 Julai.
Sebanyak 3,000 baucar bernilai RM9,000 akan tersedia sepanjang acara tiga hari ini. Kod promosi dan butiran penebusan akan diumumkan kemudian melalui saluran media sosial rasmi penganjur.
Diadakan di Dataran Merdeka, Citrawarna 2026 akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai, mempamerkan seni, budaya, warisan dan makanan Malaysia melalui persembahan, pameran dan Colours of Parade.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via