"Ini Yang Saya Cari Selama Ini" - Suara Kelaut Janji Confident Tetap Dipuji Dato' Awie
Mantap!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sumbang Suara yang sudah bersiaran selama tiga episod di TV3 telah mendapat perhatian ramai sejak ia mula ditayangkan pada 30 Mei lalu
Episod yang menghiburkan hati penonton dan juga juri ini mempersembahkan kepelbagaian nyanyian oleh para peserta.
Episod kali ini agak berbeza kerana hanya terdapat satu ‘bunga’ saja yang menyerikan program ini dan empat lagi penyumbang suara merupakan peserta lelaki.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah peserta ‘bunga’ yang dikenali sebagai Elfrienna. Apabila dia membuka mulut untuk menyanyikan lagu Semalam oleh Aina Abdul memang confident sehingga semua juri ‘terkejut’ dengan nyanyian dia yang betul-betul sumbang.
Juri dilihat terkedu tidak tahu nak komen apa
Para juri kelihatan terkedu seperti tidak tahu nak komen apa tapi apabila melihat reaksi wajah mereka kita boleh tahu bahawa mereka sangat terhibur dengan nyanyian cukup ‘merdu’ Elfrienna.
"Confident dia tinggi tapi kalau saya pergi karaoke dengan dia, saya puji. Bagusnya awak menyanyi! Ini yang saya cari. Sepanjang 36 tahun, aku tak pernah jumpa penyanyi yang cantik dan bagus macam ni. Semalam campur gundah jadi sudahlah!"
Gabung dua lagu jadi satu, kreatif!
Elly Mazlein turut memuji peserta wanita berkenaan kerana kreatif menggabungkan dua lagu dan tak dinafikan usahanya untuk membuat medley memang terbaik. Pada episod kali ini, Elfrienna dipilih sebagai pemenang disebabkan gaya persembahannya yang lain dari yang lain, siap buat ekspresi muka lagi tu!