seismik

Hanya Serendah RM1, Anda Kini Boleh Nikmati Koleksi Filem Tempatan Di tonton CINEMA

Yay, jadikan rumah anda sebagai panggung wayang!

Cover image via tonton CINEMA & LG

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sering ketinggalan dengan filem-filem popular Melayu?

Jangan risau, kini dengan adanya aplikasi terbaru ini anda tidak lagi akan terlepas koleksi filem kegemaran tempatan.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik ini, ramai yang masih memilih untuk kekal berada di rumah. Jadi, anda boleh adakan suasana seperti panggung wayang dengan menonton di rumah sahaja! 

Anak syarikat Media Prima Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group baru-baru ini telah melancarkan aplikasi tonton CINEMA pada 14 Mac yang lalu. Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan penstriman filem secara bayar per tontonan.

Terdapat pelbagai koleksi filem yang pernah pecah panggung dan terkini ditawarkan melalui aplikasi ini. Aplikasi tersebut tidak memerlukan langganan anda setiap bulan. Anda cuma perlu, pilih filem yang hendak ditonton dan bayar sahaja.

Image via tonton CINEMA

Tiada yuran bulanan, bayar apa yang anda tonton. Nikmati filem dengan harga promosi RM1!

Untuk menyewa filem, anda dikehendaki mendaftar akaun untuk pembayaran secara dalam talian. Setiap filem yang telah disewa boleh diakses selama 48 jam selepas pembayaran selesai dilakukan.

5 peranti boleh digunakan pada masa yang sama, menarik bukan? Anda boleh strim menerusi aplikasi iOS dan android di telefon pintar, komputer, tablet dan komputer riba anda. 

Selain itu, sebelum memilih filem, anda juga diberikan akses untuk menonton 3 minit terawal tentang filem tersebut. Wah, bestnya siap dapat tengok trailer dulu!

Bila-bila masa, di mana sahaja. Layari tonton CINEMA menggunakan aplikasi mudah alih sekarang. Selamat menonton!

Image via tonton CINEMA

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: