seismik

Peminjam PTPTN Boleh Dapat Diskaun Sebanyak 15%. Tapi Ada Syarat...

...dalam sekali bayaran.

Cover image via The Sun Daily/Twitter

"Diskaun 15% akan diberikan kepada peminjam PTPTN dalam satu pembayaran penuh."

Itu antara intipati yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak dalam #Bajet2017 yang berlangsung sebentar tadi.

Katanya, usaha ini dibuat bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik dan meringankan beban peminjam.

Selain itu, diskaun 10% ditawarkan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Ini bermaksud peminjam PTPTN yang ingin membayar lebih 50% daripada pinjaman, diskaun 10% akan diberikan tetapi dengan syarat hutang dibayar dalam sekali bayaran. Atau kata lainnya, sekali lump sum.

Diskaun 10% bayaran balik juga diberikan kepada mereka yang membuat potongan melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik

Bagaimanapun insentif ini hanya berkuatkuasa dari 22 Oktober (esok) sehingga Disember 2017.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dalam pada itu:

Dan selama ini agak-agak ke mana duit PTPTN anda tu pergi?

You may be interested in: