seismik

Inginkan Hamper Moden & Cantik Untuk Raya Tahun Ini? 'Check Out' 14 Butik Insta Ini

Bolehlah bawa sebagai buah tangan masa beraya nanti!

Cover image via Instagram @khairolhasrol | Instagram @kekandco

1. Petalscut

Rekaan serba-moden yang disediakan di Petalscut menghasilkan buah tangan yang tampak elegan. Pilihan kuih raya di sini juga unik, termasuk Samperit Nutella dan Kuih Bangkit Cheese.

Harga: RM60 - RM180

Untuk membuat pesanan: WhatsApp ke +6017 399 0116

Dapatkan info lanjut di: Instagram | Facebook

2. Dee Whimsical Wonders

Dimuatkan dengan rangkaian produk Marks & Spencer seperti sparkling juice dan jem strawberi, hamper rekaan Dee Whimsical Wonders ini dilengkapkan lagi dengan lilin beraroma dan gubahan bunga segar.

Harga: RM130

Lokasi: Kuala Lumpur

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6013 369 5159

Dapatkan info lanjut di: Instagram

3. Kek & Co.

Image via Kek & Co
Image via Kek & Co
Image via Krk & Co

Set warna-warni daripada Kek & Co ini pastinya akan memeriahkan lagi kunjungan ke rumah sanak saudara di Hari Raya nanti! Anda boleh pilih daripada pelbagai jenis kuih dan cookies untuk dimuatkan ke dalam set buah tangan anda, termasuklah Pistachio Nougat, Peanut Butter Cookies, Turkish Delights, dan Pineapple Tarts.

Harga: RM55 - RM250

Untuk membuat tempahan: E-mel ke [email protected]

Info lanjut di: Instagram | Facebook 

4. Glamerz

Image via Glamerz
Image via Glamerz

Hamper-hamper yang disediakan di Glamerz kelihatan cukup sophisticated, hasil rekaan berinspirasikan konsep Timur Tengah. Pilih saiz yang sesuai untuk anda, daripada set mangkuk tingkat Elvina berisi kuih kacang dan kurma kepada set terbesar Zarith yang memuatkan pelbagai bahan seperti baklava, teh, coklat, dan lampu hiasan dari Turki.

Harga: RM35 - RM700

Lokasi: Kelana Jaya, Selangor

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6016 263 0227

Info lanjut di: Instagram | Facebook

5. Ima.Bloomwood

Dengan rekaan-rekaan bertemakan floral, pilihan hamper di sini disediakan mengikut kesesuaian bajet masing-masing. Anda boleh pilih untuk mengisi hamper anda dengan kuih raya, coklat, dan bermacam jenis snek.

Harga: RM60 ke RM200

Lokasi: Gombak, Kuala Lumpur

Untuk membuat pesanan: WhatsApp ke +6017 397 1570

Dapatkan info lanjut di: Instagram | Facebook

6. Mutiara Figs

Image via Mutiara Figs

Sukakan buah fig? Gift box moden rekaan Mutiara Figs ini diisi dengan pelbagai bahan menarik termasuklah Fig & Oat Cookies, Sambal Bilis Fig, Fresh Fig Jam, dan Fig Tea. Keropok telur masin turut disekalikan! ;)

Harga: RM50 - RM550

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6017 653 6977 atau +6017 884 9551

Info lanjut di: Instagram | Facebook

7. Amazin' Graze

Image via Amazin' Graze
Image via Amazin' Graze
Image via Amazin' Graze

Untuk yang minat snek Raya sihat pula, set ini khas untuk anda! Berinspirasikan konsep Morocco, set ini dilengkapkan dengan aneka granola dan kekacang berperisa menarik seperti Salted Gula Melaka Granola dan Coconut Curry Lime Nut Mix.

Harga: RM49.90 - RM74.90

Untuk membuat tempahan: Klik sini

Dapatkan info lanjut di: Instagram | Facebook | Laman web

8. The Admire By Naj

Raya Box yang simple dan comel ini menggabungkan kek gulung dan kek buah kukus dengan kuih kapit dan kuih raya premium (dengan pilihan samperit atau oat coklat).

Harga: RM100

Lokasi: Kuala Lumpur (penghantaran termasuk ke Seremban)

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6011 1145 1445 

Dapatkan info lanjut di: Instagram | Facebook

9. Chirpycake

Design hamper moden oleh Chirpycake pastinya menjadi pilihan anda yang sukakan rekaan minimalis. Pilih daripada set Lebaran Mini Pack, gabungan dua jenis kuih raya, atau set Lebaran Luxe, gabungan enam jenis kuih raya.

Harga: RM50 - RM160

Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6012 261 2825

Info lanjut di: Instagram | Facebook

10. Dapor Dinda

Untuk yang sukakan makanan pedas pula, hamper raya ini memuatkan sambal hijau bilis, sambal berapi ikan masin, dan daging dendeng.

Harga: RM69

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6011 3252 3769

Info lanjut di: Instagram | Facebook

11. Bakul Kueh

Menyediakan beberapa rekaan hamper yang simple dan elegan, anda boleh melengkapkan hamper pilihan anda dengan kuih raya pelbagai perisa termasuk Red Velvet, Berry Crush, Melting Samperit, Nutty Makmur dan Chunky Choc Chip.

Untuk membuat pesanan: WhatsApp ke +6017 3751 512

Lokasi: Kelana Jaya, Selangor

Dapatkan info lanjut di: Instagram | Facebook

12. Khairul Hasrol

Dikenali dengan hasil seni tangan yang cukup elegan, hamper-hamper custom di sini boleh dimuatkan dengan pilihan kuih raya dan teh. Gubahan bunga menyerikan lagi rekaan buah tangan ini.

Lokasi: Kuantan, Pahang

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6019 386 9884

Info lanjut di: Instagram

13. Sookha Bunga

Dimuatkan dengan tiga balang kuih raya (Crunchy Oreo, Red Velvet, dan Red Pearl), rekaan yang minimalis dan menarik ini sesuai dihadiahkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau sebagai corporate gift

Harga: RM100

Lokasi: Sendayan, Negeri Sembilan

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6019 910 2549

Dapatkan info lanjut di: Instagram | Facebook

14. Better Batter Bakery JB

Set-set comel di sini pula dimuatkan dengan tiga jenis kuih pilihan anda. Antara menu yang disediakan termasuklah Almond London, Snow Almond, dan Cranberry Almond Cookies.

Harga: RM80 - RM150

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Untuk membuat tempahan: WhatsApp ke +6011 1156 2246

Info lanjut di: Instagram | Facebook

Happy shopping!

Image via Alaska Airlines

You may be interested in: