iQIYI & Primeworks Studios Tandatangan Perjanjian Untuk Siaran 6 Siri Drama Melayu Terbaik
Yay!
Hari ini, 24 Julai 2020, Primeworks Studios dan iQIYI telah menandatangani perjanjian perkongsian kandungan yang menyaksikan enam siri drama Melayu terbaik TV3 disiarkan di platform penstriman berkenaan
Perjanjian ini menekankan musim kedua siri drama hebat, '7 Hari Mencintaiku' yang pertama kalinya dapat disaksikan di iQIYI bermula 24 Julai 2020.
Bukan setakat itu sahaja, untuk kesinambungan dan kepuasan penonton, iQIYI juga akan menayangkan semua episod musim pertama '7 Hari Mencintaiku'.Perjanjian ini merangkumi drama popular TV3 seperti 'Leftenan Zana', 'Kampung People', 'Setelah Ku Dimiliki' dan sebuah siri baru iaitu 'Pengantin Satu Malam' yang bakal ditayangkan di TV3 pada Ogos tahun ini
Menurut Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, "Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dengan iQIYI kerana ini memberi peluang untuk mendalami perubahan trend terkini di platform penstriman.
"Ia juga membolehkan kami untuk memahami citarasa baru di kalangan pelbagai jenis penonton," katanya.
Tambahan pula, Dinesh Ratnam iaitu Pengurus Negara untuk iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei pula menjelaskan bahawa kerjasama ini sejajar dengan objektif dan strategi untuk menyediakan program terbaik, relevan serta berkualiti tinggi untuk penonton iQIYI di negara ini.
"Kami sangat berbangga untuk mengumumkan kerjasama strategik dengan Media Prima menerusi Primeworks Studios," katanya.
7 Hari Mencintaiku 2 telah mula ditayangkan sejak 2 Julai 2020 di TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 petang.
Episod 1-16 akan dilancarkan di iQIYI pada 23 Julai 2020.
Kesemua episod berikutnya tersedia di platform www.iQ.com dan aplikasi iQIYI secara percuma selepas satu jam siaran.