Isteri Mohon Balik Sebab Anak Rindu, Jurutera Hilang 10 Hari Dilaporkan Dah Selamat Pulang
Alhamdullilah, dah selamat pulang ke pangkuan isteri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Panji, Kota Bahru, Kelantan yang dilaporkan hilang selepas keluar bekerja sejak 10 hari lalu dilaporkan sudah ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga
Menurut laporan Harian Metro, isterinya, Nurul Ain, 39 mengesahkan penemuan suaminya itu melalui aplikasi WhatsApp pada 12.52 tengah malam tadi.
Dia turut memaklumkan tidak dapat berkongsi maklumat lanjut berhubung penemuan Faizal atas sebab peribadi.
"Selain itu, kami juga sudah memaklumkan kepada pihak polis tentang penemuan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia dan pihak media yang membantu membuat hebahan pencarian suaminya sehingga dia berjaya ditemui dengan selamat," katanya.
Terdahulu, Faizal dikatakan keluar sekitar jam 4 petang 16 Ogos lalu dan memberitahu perlu bekerja di luar kawasan, namun tidak dapat dihubungi sehingga semalam, 26 Ogos
Menurut laporan Sinar Harian, dia juga berkata akan pulang selepas selesai melaksanakan tugasnya itu dalam tempoh dua atau tiga hari.
Walau bagaimanapun, Nurul Ain yang bimbang keselamatan suaminya itu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada Ahad selepas menyedari kehilangannya dan berharap agar suaminya pulang dalam keadaan selamat.
"Saya tak dapat pastikan tempat dia bekerja tetapi dikatakan di daerah ini sahaja, namun kini sudah 10 hari dia tidak pulang dan telefon bimbitnya pula tidak dapat dihubungi.
"Kalau dia terbaca ini, saya nak beritahu, tolonglah balik, saya, anak kita dan mama awak rindukan awak, baliklah, semua keluarga kita menunggu kepulangan awak," katanya.
Lebih memilukan, isterinya juga sedang sarat mengandungkan anak kedua mereka
Manakala, anak lelaki sulung pasangan itu berusia enam tahun.
Menurut wanita itu lagi, Faizal seorang suami yang baik dan mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham sebelum kehilangan lelaki berkenaan.
"Dia juga bapa yang sangat penyayang dan rapat dengan anak sulung. Sekarang anak kami kerap menangis kerana rindukan bapanya.
"Biasanya dia akan menelefon saya jika telefon bimbitnya bermasalah atau habis bateri, tetapi kali ini terakhir saya dapat bercakap dengan dia hanya pada jam 8.30 malam 16 Ogos lalu, itu pun hanya perbualan biasa, tak ada yang pelik.
"Kali terakhir, dia keluar menunggang motosikal Ego Avantiz bernombor plat DDU4787," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!