"Itu Memang Gambar Saya, Tapi…” - Jawapan Balas Syed Saddiq Terhadap Isu ‘Kaki Clubbing'
Setiap orang ada masa silam.
Semalam, ramai yang terkejut apabila sebuah blog telah mendedahkan beberapa keping gambar aktiviti tidak sihat pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah kelab malam di Manila, Filipina
Blog yang bernama truthvaccine.blogspot.my memberitahu bahawa dia menerima kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali mendedahkan hobi Syed Saddiq yang suka berparti di kelab malam.
“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.
“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber lagi, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara.”
Menurutnya, Syed Saddiq dikatakan sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun. Namun, gambar yang terdedah di Filipina itu terhasil mungkin sebab dia di bawah pengaruh alkohol.
Pengendali blog itu juga ada mengeluarkan beberapa soalan yang dituju khas buat pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisiti Islam Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat tersebut.
“1. Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam?
2. Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
3. Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya?
Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?”
Baca artikel penuh di SINI.
Penulis blog tersebut juga ada menyebut dan mengaitkan beberapa nama besar di Malaysia seperti Tun Mahathir di dalam penulisannya. Berhubung itu, satu jawapan balas telah dibuat Syed Saddiq di akaun Facebook miliknya.
“My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs
I cannot change my past but I can change my future
Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.
But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.
Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.”
“Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna.”
"Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.
Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap. Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB? Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran Walau tergadai nama baik sendiri. Biar putih tulang jangan putih mata. Agi idup agi ngelaban!"
facebook.comBagaimanapun, pagi ini satu entri telah dibuat oleh penulis blog tersebut yang mengatakan dia tidak hanya mempersoalkan isu Syed Saddiq semata-mata tapi turut mempersoalkan isu polisi UIAM
"Tetapi terdapat dua sebab mengapa saya mendedahkan perkara ini.
Yang pertama, Syed antara ikon yang mudah dikenali mewakili Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia dan Syed juga merupakan seseorang yang berstatus pelajar yang pergi ke Manila atas tiket program rasmi debat dan seolah-olah mendapat 'keizinan' pegawai pengiring Universiti untuk masuk ke dalam sebuah Kelab Malam bernama Palladium.
Yang kedua, pendirian liberal kumpulan yang menyokong Tun M dan pembangkang harus dipandang berat. Motif Syed Saddiq yang mahu 'menyelamatkan negara' juga harus dipersoalkan. Syed juga memuat naik gambar bersama pemimpin gerakan liberal di dalam negara dan menggelarkan mereka 'heroines'. Pejuang bagi dirinya.
Pendedahan ini penting bagi menyedarkan rakyat Malaysia tentang siapakah Syed Saddiq yang sebenar agar mereka tahu siapa yang mereka sokong.
Persoalannya, Syed Saddiq mahu selamatkan negara daripada apa?"
Baca artikel penuh di SINI.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!