seismik

Jadi Pengantin Baru Umur 86 Tahun, Syukur Pinangan Akhirnya Diterima - "Setahun Mengurat"

Tahniah buat pak cik ini dan pasangan.

Cover image via @shafik_syuhada12 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Betul lah orang cakap kalau dah jodoh tu, tak akan kemana

Walaupun jauh berada dan pelbagai masalah yang pernah dihadapi, namun akhirnya ke jinjang pelamin juga.

Begitulah yang dirasai seorang warga emas berusia 86 tahun meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati.

Pinangan pernah ditolak tapi tak pernah putus asa

Abdullah Ali yang mempunyai tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun itu memberitahu sebelum ini pinangannya pernah ditolak oleh isteri, Siti Zabidah Zakaria, 63, yang ketika itu belum terbuka hati untuk berumah tangga.

"Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu," katanya kepada sumber.

Sebelum itu tular di TikTok majlis akad nikah Abdullah dan Siti Zabidah yang diadakan di Masjid Al-Abrar, Mukim Pauh Sembilan.

"Atok pun dah berbini lagi, saya ni bila lah nak berlaki" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 710.7K views, 29K likes dan 1,162 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@shafik_syuhada12 “Kalau dah jodoh tak ke mana.. Usia hanya lakaran angka… Masa & tempat dah tertulis di sisi Nya.. Tiba tikanya bertautlah cinta” Selamat Pengantin Baru HJ ABDULLAH BIN ALI (85 tahun) & HJH SITI ZABIDAH BT ZAKARIA (62 tahun). Semoga Allah memberkati perkahwinan ini & berbahagia sepanjang hajat dikandung badan. #MasjidAl_AbrarPauh9Bachok #BilalMudaMasjidAl_Abrar bunyi asal - lirik lagu Sis Ena - lirik lagu Sis Ena

Usaha pak cik akhirnya berhasil ya, kahwin juga dengan wanita idaman. Selamat pengantin baru! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: