seismik

"Jangan Main-Main" - Aksi Perlawanan Akak Muslimah Main Badminton Ini Undang Perhatian

Mungkin boleh wakil Malaysia ke nanti kan.

Cover image via @libas.shuttler.club (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai sekarang yang mengambil inisiatif untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan

Contohnya seperti berbasikal, bersenam, bermain badminton dan banyak lagi. Walaupun sekejap, ia sebenarnya mampu membakar lemak dan memberikan kesan yang bagus untuk tubuh badan kita.

Aktiviti badminton pasti menjadi sukan kegemaran ramai kerana mereka dapat bermain dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila aksi seorang wanita muslimah bermain badminton telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba beri hantaran guna cara yang berbeza

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsung perlawanan beregu di antara pasukan wanita dan juga lelaki.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah sedang asyik berlawan, tiba-tiba salah seorang wanita muslimah itu mengambil bulu tangkis dengan cara yang luar biasa.

Malah, caranya bermain juga handal sehingga membuatkan pasukan lawannya terduduk untuk mengambil bulu tangkis hantarannya.

"Tengok cara dia serve pun macam selalu main" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 322.5K views, 32K likes dan 326 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tik Tok: 

Power akak ni, bukan biasa-biasa hantaran dia tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: