JAPEN Nasihat Orang Ramai Rujuk Panduan Kibar Jalur Gemilang

Berkibarlah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa merujuk kepada panduan rasmi dalam memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang

Perkara ini bertujuan mengelakkan kesilapan ketika mengibarkan bendera sekali gus memelihara kedaulatan Jalur Gemilang.

Menerusi laporan Bernama, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Azwarni Herni Che Noh berkata panduan tepat mengenai pemasangan bendera boleh dimuat turun menerusi portal Merdeka360 serta platform e-Book JAPEN.

"Langkah kecil yang kita ambil ini mengelakkan kesilapan seperti kita pasang Jalur Gemilang secara terbalik ataupun kita menggunakan bendera yang telah lusuh, telah rosak atau kita paparkan dengan cara yang tidak wajar," katanya.

Azwarni Herni berkata langkah merujuk panduan rasmi menerusi platform digital seperti portal Merdeka360 amat penting supaya masyarakat tidak membuat andaian sendiri sehingga membelakangkan etika menghormati bendera negara.

SAYS.com
Image via Lite

Turut menyeru rakyat Malaysia menjayakan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG)

Dalam pada itu, Azwarni Herni mengajak rakyat Malaysia menjayakan Inisiatif 1R1JG di kediaman masing-masing bagi menzahirkan rasa cinta serta bangga kepada tanah air sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

"Matlamat kita yang lebih besar ialah kita ingin menyemai rasa cinta dan rasa bangga kepada negara ini, di samping kita ingin mengingati jasa dan pengorbanan generasi terdahulu.

"Mulakan dari rumah kita sendiri, ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan betul, dengan rasa bangga sebagai tanda cinta kita pada negara," katanya.

Beliau turut memberi peringatan mengenai penggunaan magnet Jalur Gemilang pada kenderaan awam dan persendirian yang perlu mematuhi tatacara tertentu atas faktor keselamatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: