JAWI Perkenal Kubur Bertingkat, Guna Mesin Takal Turunkan Jenazah Sedalam Lapan Kaki
Menurut JAWI, kaedah berkenaan dikhususkan untuk pengebumian jenazah yang tidak mempunyai waris.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperkenalkan kaedah pengebumian secara kubur bertingkat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Kepong, sebagai langkah mengatasi kekangan ruang tanah perkuburan yang semakin terhad
Menerusi laporan Harian Metro, inisiatif menerusi projek perintis itu dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur.
Menurut JAWI, kaedah berkenaan dikhususkan untuk pengebumian jenazah yang tidak mempunyai waris.
Pelaksanaan itu turut melibatkan penggunaan mesin takal penurun jenazah yang dibangunkan oleh JKR Kuala Lumpur bagi membantu petugas menurunkan jenazah ke kedalaman lapan kaki dengan lebih mudah dan teratur.

"Selain itu bagi memastikan struktur keselamatan, penghadang runtuhan tanah (trench box) juga digunakan dalam proses pengebumian secara kubur bertingkat," katanya.
Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan, turut hadir bagi menyaksikan sendiri proses pengebumian menggunakan kaedah baharu itu, termasuk pengoperasian mesin takal berkenaan.
JAWI berharap penggunaan peralatan tersebut dapat meningkatkan kecekapan urusan pengebumian selain memudahkan tugas petugas yang terlibat

Menurut jabatan itu, usaha menambah baik pengurusan tanah perkuburan Islam akan diteruskan menerusi penerokaan teknologi dan penggunaan peralatan bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dapat diberikan kepada masyarakat.
"Usaha ini juga mencerminkan komitmen jabatan untuk memastikan pengurusan jenazah, dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tertib dan penghormatan selaras dengan tuntutan syarak," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


