seismik

IJM Land Tawarkan Penjimatan Sehingga RM40 Juta Kepada Pembeli Rumah Melalui Kempen MAD

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan IJM Land boleh menikmati faedah tambahan dengan pembelian hartanah.

Cover image via IJM Land

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aritkel ini ditaja oleh IJM Land.

IJM Land, anak syarikat IJM Corp melancarkan kempen 'Make A Difference' (MAD) untuk meraikan ulang tahun ke-40 dan mengukuhkan dedikasi syarikat ke arah membentuk masa depan yang mampan

IJM Land telah memberi impak yang besar dalam pembangunan hartanah di Malaysia, terutamanya melalui usaha kemampanan dan penglibatan dalam komunitinya.

IJM Land secara konsisten menerima pengiktirafan dan pujian bukan sahaja daripada pembeli hartanah malah daripada rakan sebayanya. IJM Land juga memenangi anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk FIABCI World Prix d’Excellence Award yang berprestij.

Apa yang membezakan IJM Land ialah pendekatan inovatifnya terhadap perancangan bandar yang komprehensif dan penekanan terhadap amalan mampan. Beberapa usaha lestari yang dilakukan termasuk menggabungkan panel solar, melaksanakan sistem penuaian air hujan dan memaksimumkan sumber semula jadi.

Kempen MAD tawar pakej eksklusif

Sempena ulang tahun ke-40 IJM Corp, pembeli rumah akan ditawarkan penjimatan eksklusif, tawaran dan pakej yang melibatkan 22 projek berprestij seperti IJM Rimbayu, The Light, Seremban 2, Pantai Sentral Park, dan projek mercu tanda lain yang merentasi Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sepanjang tempoh kempen mulai sekarang sehingga 31 Dis, IJM Land akan menawarkan penjimatan sehingga RM40 juta kepada semua pembeli hartanah dan empat faedah tambahan pada kos sifar. Antaranya ialah sifar yuran guaman, sifar yuran pemindahan, sifar yuran penyelenggaraan dan sifar faedah untuk bayaran ansuran. Tawaran ini adalah berbeza bagi setiap projek.

Pemilik sedia ada hartanah IJM Land akan diberi ganjaran lebih tinggi dengan rebat tunai tambahan untuk pembelian hartanah seterusnya.

Faedah ini melengkapkan peratusan sedia ada yang sepadan dengan keahlian platinum, emas atau perak — sebagai penghargaan dan terima kasih IJM Land kepada penduduk setia dan pemilik rumahnya.

Image via IJM Land

Kempen MAD mempamerkan komitmen IJM Land untuk membawa transformasi sejajar dengan prinsipnya. Inisiatif 'Say Yes to the 4R' merangkumi objektif yang lebih luas untuk mengurangkan, menambah baik, mengguna semula dan mengitar semula dalam semua projek IJM Land.

IJM Land juga mengesahkan komitmennya terhadap kemampanan dengan menggalakkan masyarakat untuk lebih cinta pada alam. Antaranya termasuk empat inisiatif IJM Land yang dilaksanakan melalui kempen MAD.

Matlamat pertama adalah untuk mengumpul lebih daripada 40,000 kilogram bahan kitar semula. Mereka yang menghantar barang kitar semula mereka di mana-mana galeri jualan IJM Land yang mengambil bahagian akan mendapat goodies sebagai tanda penghargaan.

IJM Land juga berhasrat untuk mencapai 40 juta langkah untuk planet ini, yang menggalakkan masyarakat untuk berjalan dan mengurangkan jejak karbon. 4,000 individu pertama yang mencapai 10,000 langkah dalam seminggu dan menunjukkan rekod mereka di galeri jualan IJM Land terdekat akan diberi ganjaran.

Selain itu, terdapat 4,000 tumbuh-tumbuhan yang akan diberikan di galeri jualan IJM Land Alam Suria, Pantai Sentral Park, Rimbayu, Riana Dutamas dan Sebana Cove, sementara stok masih ada. Mereka yang berminat boleh menebus tumbuh-tumbuhan percuma mulai sekarang sehingga 31 Disember di lokasi tersebut.

Sebagai sebahagian daripada matlamat IJM Land untuk menyumbang 4,000 jam kepada inisiatif komuniti, pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk membantu masyarakat seperti pembersihan komuniti, kutipan derma darah, lawatan rumah kebajikan dan rumah anak yatim serta membaiki rumah golongan memerlukan.

Jom ketahui info lebih lanjut dan daftar di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik