"Join Group Makanan, Work From Home" - Ini Antara Perkara Yang Akan Kita Rindu Ketika PKP
Sekarang bila dah semua hampir kembali normal, mulalah kita rindu momen-momen ini.
Kita semua sedia maklum, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 hingga fasa 3 berlangsung, banyak perkara yang tak disangka-sangka terjadi kepada rakyat Malaysia
Dari bekerja di rumah hinggalah terpaksa guna video call untuk hampir semua perkara, ini juga benda baru untuk sesetengah orang tau.
Ibu bapa kita pun terus pandai nak buat video call sekarang. Dating pun dalam phone je. Walaupun pada mulanya ia agak janggal, tapi bila dah lama-lama tu rasa okay pula.
Begitupun, sekarang bila dah semua hampir kembali normal, mulalah kita rindu momen-momen ini
Sebab itulah Coca-Cola nak kita sentiasa hargai yang tersayang kerana segalanya lebih manis bila bersama.
Berikut ialah antara 4 perkara yang anda akan rindu ketika PKP:
“Company akak takda work from home, macam mana ni?”
Tak semua company ada kelebihan work from home ketika di awal PKP dan ramai yang tertanya-tanya,” Kita buat kerja tapi dekat rumah? Ada lunch hour jugak ke? Clock out pulak macam mana?”
Haa, tapi lama-lama bila dah tahu macam mana nak susun jadual ketika work from home, mesti korang tak nak balik ke situasi asal kan? Rasa lagi mudah dan jimat!
Nak beli ikan, buah, goreng pisang? Semuanya boleh beli online
Yang ini paling best! Craving lah apa pun, mesti ada orang jual online. Yang paling syok, boleh deliver dekat depan rumah lagi.
Tiba-tiba sampai ikan, tiba-tiba sampai yong tau fu dan macam-macam lagilah. Lepas tu, makan ramai-ramai dengan family. Rindunya!
Main pelbagai jenis game dan aktiviti DIY dengan anak-anak
Ketika PKP, ia merupakan masa yang paling bermakna bagi ibu bapa. Anda dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Kalau sebelum PKP, mesti anda setakat bawa anak-anak ke mall tak pun playground.
Tapi, bila dah kena stay at home, anda sebagai ibu bapa terus cari jalan untuk sentiasa menghiburkan anak-anak. Macam-macam games anda main dengan anak-anak. Ada yang buat projek DIY lagi. Bestnya!
Kongsi 1 hari 1 resipi menu makanan di media sosial
Rata-rata netizen upload gambar dan resipi makanan ketika PKP sedang berlangsung. Ada yang mencuba masakan baru setelah sekian lama save resipi.
Ada juga yang akhirnya mencuba sesuatu yang baru dan kini mereka menjual pula makanan tu. Memang seronok dan meriah betul tengok timeline hari-hari ada menu baru.
Coca-Cola nak anda menghargai saat bersama yang tersayang
Sepanjang PKP, baru kita sedar sekecil-kecil perkara seperti berjumpa rakan sekerja atau sekadar bersarapan di mamak sebenarnya memberikan impak yang besar dalam hidup kita.
PKP juga menunjukkan kita perspektif yang lebih bermakna tentang sesuatu perkara. Ia turut mengajar kita untuk mengenali diri sendiri dan orang sekeliling.
Setiap saat istimewa anda mesti ada Coca-Cola
Dalam tak sedar, sebenarnya Coca-Cola dah menjadi pelengkap rutin harian kita. Sama ada ketika birthday party, makan di restoran sehinggalah tengok wayang mesti ada Coca-Cola di tangan. Rasa tak lengkap jika moment tersebut tak disambut dengan minuman Coca-Cola.
Walaupun kita masih lagi menyesuaikan diri dengan norma baharu, Coca-Cola tetap menjadi sebahagian daripada memori dan saat terindah bila bersama yang tersayang.
Coca-Cola ingin mengingatkan kita untuk berhenti sejenak dan live the moment dengan orang yang kita sayangi kerana segalanya lebih manis bila dikongsi bersama dan jangan lupa untuk selalu segarkan semangat anda dengan Coca-Cola!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.